Cara mudah pasang kalkulator saintifik ke dalam komputer
Kalkulator saintifik lazimnya digunakan untuk menjawab soalan Matematik yang kompleks.
Ini kerana pengiraan tersebut tidak dapat dirungkai oleh otak dengan kaedah mencongak kecuali yang mudah-mudah sahaja.
Artikel berkaitan
Pupuk minat Matematik usia muda, pendekatan SoroTouch unik
Manusia Kalkulator Malaysia ketengah aplikasi SoroTouch, sasar kanak-kanak kuasai pengiraan
Seiring dengan kemajuan teknologi, alat kira-kira tersebut kini telah diwujudkan dalam bentuk perisian (software).
Justeru, Sinar Bestari ingin menyediakan panduan kepada guru-guru tentang cara memasang perisian kalkulator saintifik Casio ke dalam komputer.
Mula-mula, tekan pautan https://bit.ly/3nwbMEN kemudian akan keluar paparan Google Drive.
Di laman sesawang itu, ia akan menunjukkan dua pemasang di mana masing-masing berwarna hijau dan biru.
Seterusnya, tekan pad tetikus kanan pada fail berwarna biru itu dan tekan ‘download’.
Sekiranya kotak pemberitahuan muncul, maka, perlu tekan ‘download anyway’.
Selesai sahaja muat turun fail, boleh klik fail ‘fxESPLUS’ dan ia akan paparkan 13 jenis model yang hendak dipasang.
Klik salah satu model pada kotak disediakan mengikut standard yang ditetapkan oleh sekolah-sekolah Malaysia dan tekan butang yang menunjukkan ikon komputer seperti dalam gambar.
Sesudah muat turun ia akan memaparkan pemberitahuan kebenaran perlesenan, cuma tekan butang ‘Next” dan ‘I accept the terms in the license agreement’.
Untuk kekunci pemasangan, sekadar tekan tetikus di setiap kotak kosong dalam paparan komputer itu, kemudian tekan ‘Next’, ‘Install’ dan ‘Finish’.
Akhir sekali kalkulator saintifik digital yang terdapat pada ‘Desktop’ boleh digunakan dengan kaedah yang sama seperti manual.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Sinar Bestari berharap guru-guru dapat memanfaatkan tutorial ini bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.