Cikgu Samuel kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak orang asli
Cikgu Samuel kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak orang asli

Cikgu Samuel kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak orang asli

webadmin
02 Nov 2020 01:02am
A
A
A

Cikgu Samuel kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak orang asli

Bertugas di sekolah kategori luar bandar merupakan cabaran buat Cikgu Samuel Isaiah a/l Joel Christie Isaiah, guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Runchang (Sekolah Orang Asli), Pekan Pahang. Bagaimanapun, ia bukan halangan terbesar buat Cikgu Samuel, sebaliknya cikgu ini terus berusaha  untuk menarik minat anak pribumi ini untuk belajar.


1.Cabar dan hapuskan persepsi negatif terhadap murid

  • Konsep utama.

  • Jika berjaya, apa-apa intervensi lain boleh berjaya

  • Lebih menyedihkan, murid-murid orang asli turut mempercayai persepsi negatif yang diberikan kepada mereka.

  • Penting juga mengkaji  persepsi dan cabaran, boleh jadikan ia sebagai sumber inspirasi untuk melahirkan kebolehan anak-anak Orang Asli.

2.Pembelajaran harian haruslah bermakna

  • Pembelajaran harian harus menjadi keutamaan, dan murid perlu jalani proses pembelajaran.

  • Drilling, hafalan, exam sahaja, chalk n talk sahaja tidak akan berjaya, sebab ia  tidak bermakna buat mereka, lebih-lebih lagi pembelajaran bahasa asing dalam kalangan anak-anak ini.

  • Jika fokus hanya kepada peperiksaan, ini bukan lagi pembelajaran. Cuma “meaningless repetition”. Cikgu mungkin boleh mengajar, tapi adakah murid belajar?

3.Rancang setiap program atau intervensi, PELAKSANAAN dan PENTAKSIRARAN harus diutamakan

  • Merupakan teras utama kepada program saya.

  • Buat perancangan dan program menggunakan alat muzik. Bukan hanya masuk kelas dan main alat muzik. Saya Rancang ‘delivery’ menggunakan kaedah PAK-21, juga telah pratikkan Pentaksiran bilik darjah.

  • 70% kerja guru adalah sebelum masuk kelas, lakukan Perancangan, Pelaksanaan, dan Pentaksiran.

  • Perlu ada follow up berterusan.

4.Networking membantu perkembangan idea

  • Setiap program saya biasanya bermula dengan skala kecil untuk membantu menyelesaikan masalah murid-murid.

  • Idea-idea  ini akan menjadi lebih berkesan apabila networking membantu saya dari segi kolaborasi, dana, kepakaran, dan tunjuk ajar.

  • Dapat kritikan membina daripada golongan professional, supaya tidak syok sendiri.

5.MODUL/BUKU bukan segalanya

  • Modul-modul merupakan sebahagian  intervensi untuk murid.

  • Intervensi merupakan proses pdpc dalam bilik darjah, dan modul sepatutnya menyokong intervensi ini.

  • Saya telah pun membuat modul yang sesuai dengan tahap dan minat murid saya, namun modul itu tidak menjanjikan apa-apa, tanpa pdpc yang berkesan.

6.Teknologi bukan segalanya

  • Merupakan satu alat sahaja

  • Salah tanggapan ramai mengenai pak-21 adalah ianya memerlukan alatan teknologi

  • Saya mulakan pak-21 pada tahun 2012, tanpa sebarang alatan teknologi.

  • 4K 1N adalah asas kepada Pak-21 (komunikasi, kolaborasi, kemahiran berfikir, kreativit, daan nilai).

  • Namun teknologi merupaka satu alat yang penting untuk, menarik murid, mengajar murid skill yang baru, dan membawa pembelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

7.Pentaksiran & Penilaian

  • Harus fokus kepada proses dan bukan produk.

  • Penilaian proses merupakan penilaian terhadap pengalaman murid belajar di dalam kelas, dan penilaian haruslah untuk menambahbaik proses tersebut.

  • Fokus kepada produk sahaja (exam, A, peritus) menyebabkan tiada penambahbaikan terhadap akitiviti dalam kelas.

  • Namun jika fokus kepada proses, produk akan semestinya datang sekali apabila proses diperbaiki.

8.Love / Kasih Sayang

  • Perhubungan rapat saya dan murid merupakan sebab utama lahirnya sebuah kejayaan.

  • Saling hormat.

  • Saling percaya.

  • Seperti kawan, keluarga.

  • Persekitaran juga membuat mereka yakin, mampu ekspresi diri, dan juga mampu untuk berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa inggeris.

  • Membuatkan semua  tip di atas berhasil.

Foto: PADU 

Video: Cikgu Samuel Isaiah

Artikel Menarik:

Belajar dengan ukelele, setiap murid Orang Asli Cikgu Sam ada tablet! - Kagum usaha guru Adiwira ini

Walau terpaksa tahan sakit, ditahan lapan hari di wad… guru ini tetap tanda kertas

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok