anna-tukhfatullina-food-photographer-stylist-Mzy-OjtCI70-unsplash (1)
anna-tukhfatullina-food-photographer-stylist-Mzy-OjtCI70-unsplash (1)

Cikgu suka tidur dalam keadaan lapar? Jangan amalkan kerana ini bahaya yang menanti...

Mohd Khairi Mohamad Yusri
25 Nov 2021 03:54pm
A
A
A

“Lapar la, tapi jam sudah pukul 9 malam, nak dekat waktu tidur dah ni.”

“Tak payahlah makan, nanti naik berat badan pula.”

Dialog di atas mungkin banyak berlaku kepada individu yang beranggapan makan sebelum tidur itu boleh menambahkan berat badan.

Walaupun ia betul, tetapi jangan pula tidur dalam keadaan berlapar kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukan tindakan itu akan membawa kesan negatif kepada badan, termasuklah risiko meningkatkan berat badan.

Ya, bukan sahaja makan sebelum tidur boleh menambahkan berat badan, tidak makan pun akan menyebabkan berat badan anda naik!

Di bawah kami senaraikan beberapa risiko jika anda tidur dalam keadaan lapar.

1. Mengurangkan jisim otot (muscle mass)

Menurut pakar, bagi mereka yang cuba mendapatkan jisim otot, berlapar adalah pilihan yang sangat tidak baik.

Anda mungkin melangkau makan malam anda, tetapi sebenarnya ketika malam badan memerlukan nutrien untuk menukarkan protein kepada otot. Sebaiknya, makan pada awal malam, supaya rasa lapar tidak timbul dan pada masa yang sama badan tetap mendapat nutrien yang diperlukannya.

2. Meningkatkan berat badan

Seperti yang dikatakan tadi, tidak makan juga akan meningkatkan berat badan. Ini kerana anda mungkin terjaga pada waktu tengah malam dan merasa sangat lapar, seterusnya pergi ke dapur untuk makan dalam kuantiti yang sangat banyak kerana pada waktu itu makanan telah menjadi dua kali ganda lebih menggoda.

Kenyataan bahawa metabolisme kita lebih perlahan pada waktu malam adalah agak lemah kerana tiada bukti yang menyokongnya. Namun, ia tidak bermakna anda perlu makan banyak sebelum masuk tidur. Makan dua hingga tiga jam sebelum tidur adalah dibolehkan, asalkan ia adalah makanan yang sihat.

3. Mengganggu tidur

Kebanyakan kita mungkin pernah mengalami tidur dalam keadaan lapar. Pada waktu tersebut perut akan berbunyi dan satu-satunya yang berada dalam fikirkan adalah sama ada kita boleh bertahan sehingga sarapan pagi atau tidak.

Dalam keadaan lapar, anda akan memerlukan lebih banyak masa untuk tertidur. Oleh itu, jika anda ingin tidur dengan nyenyak, jangan biarkan diri kelaparan. Jika berasa lapar, sekurang-kurangnya makan timun dan sedikit air, bukannya pergi ‘bantai’ ayam goreng ataupun burger, lebih-lebih lagi jika ketika itu sudah menghampiri waktu tidur.

4. Tiada tenaga

Jika tidak makan, badan tidak mempunyai apa-apa "bahan api" untuk memastikan kita kekal aktif pada siang hari. Sangat penting untuk berasa sihat pada waktu pagi kerana kita perlu pergi bekerja dan otak perlu aktif.

Penyelidik mendapati bahawa banyak kesan sampingan kelaparan boleh memudaratkan, seperti keletihan dan kemurungan. Jika kita memutuskan untuk menahan lapar pada malam sebelumnya, bangun dengan kehilangan tenaga dan dalam mood yang tidak baik, ini akan memudaratkan anda di tempat kerja.

Semoga perkongsian ini membantu meningkatkan kesedaran terhadap risiko tidur dalam keadaan lapar.

Sumber: brightside

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok