markus-winkler-7iSEHWsxPLw-unsplash
markus-winkler-7iSEHWsxPLw-unsplash

CV dan resume, inilah perbezaan yang pelajar perlu tahu

Adlan Farhan Azwan
20 Jun 2022 12:05pm
A
A
A

Bagi pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian, pasti akan tertanya-tanya apakah perbezaan antara resume dan curriculum vitae (CV)?

Sebenarnya, terdapat beberapa perbezaan utama yang boleh dikenal pasti seperti jumlah muka surat, kandungan dan kegunaannya. Namun, kedua-duanya turut mempunyai persamaan iaitu untuk memohon pekerjaan.

Bagi mengetahui perbezaan antara kedua-dua dokumen penting ini, anda perlu tahu apakah itu resume dan CV supaya dapat membuat perbandingan antara kedua-duanya.

Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja dan kebiasaannya hanya merangkumi satu atau dua muka surat sahaja.

Resume mengandungi ringkasan tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu tetapi ada juga yang memilih untuk meletakkan objektif serta ringkasan kerjaya.

Apa yang dimaksudkan dengan CV?

CV pula ialah penerangan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci dalam dua atau tiga muka surat.

Memandangkan CV lebih panjang berbanding resume, terdapat pelbagai aspek yang perlu diberikan penekanan. Antaranya ialah, nama, maklumat untuk dihubungi (contoh: e-mel, nombor telefon), latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman.

Perbezaan ketara adalah CV akan digunakan untuk menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat yang berkaitan.

Semoga pencerahan ringkas kali ini dapat membantu pelajar dalam perjalanan mencari pekerjaan pada hari ini.

Artikel berkaitan

Pelajar menipu dalam resume ketika memohon kerja, ini 5 padah yang menanti

Kenal pasti kemahiran yang sesuai untuk diletakkan dalam resume

Kemahiran dan pemikiran yang harus diterapkan oleh Gen Z untuk membina kerjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok