IFOCA medan mahasiswa zahirkan idea, kreativiti dan keyakinan diri sebelum berdepan dunia sebenar!
IFOCA medan mahasiswa zahirkan idea, kreativiti dan keyakinan diri sebelum berdepan dunia sebenar!

IFOCA medan mahasiswa zahirkan idea, kreativiti dan keyakinan diri sebelum berdepan dunia sebenar!

webadmin
21 Apr 2021 04:08am
A
A
A

Dari kiri, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Fahmi Azar Mistar, Dr Norhayati, Nik Nazree, Dr Hishamshah dan Pengarah IFOCA 2021, Ahmad Zaid Ismail selepas berakhirnya forum tersebut, baru-baru ini.

IFOCA medan mahasiswa zahirkan idea, kreativiti dan keyakinan diri sebelum berdepan dunia sebenar!

International Forum Covid-Aftermath (IFOCA 2021) membuktikan telah menjadi medan bagi mahasiswa UPM menunjukkan bakat terpendam. Forum ini menaikkan keupayaan dan kredibiliti mereka dalam kemahiran pengurusan acara dan program.

Siri 1 IFOCA 2021 telah berlangsung pada Mac lalu dengan tajuk, Special Tribute to Frontliners: The Unsung Hero of Covid-19.

Manakala siri kedua mengambil tempat dengan tajuk, Hardest Hit Industry During Pandemic and Recovery Strategy. Kejayaan kedua-dua siri ini telah menunjukkan IFOCA 2021 merupakan idea yang bernas daripada mahasiswa untuk menjadi medan membincangkan isu-isu semasa negara. Ditambah dengan keupayaan mereka menjemput tetamu-tetamu kehormat daripada pelbagai jabatan dan kementerian untuk sama-sama membincangkan isu ini dapat memberi nilai tambah ke atas program tersebut.

Pada siri ketiga IFOCA 2021 pula membawakan forum bertajuk Building Covid-19 Aftermath New Norma In Malaysia : Strategic Actions For Health, Economy and Education dan telah menemukan tiga panel hebat.

Mereka ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim; Pengarah, Penyelidikan Ekonomi dan Analisis Data, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Nik Nazree Nik Abdul Rahman dan juga Timbalan Dekan Bahagian Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, Prof Madya Dr Norhayati Hussain.

Isu wabak pendemik Covid-19 dilihat telah menjejaskan ketiga-tiga isu utama negara iaitu kesihatan, ekonomi dan juga pendidikan.

Ketiga-tiga sektor utama terkesan dek kerana perintah kawalan pergerakan (MCO 1.0) pada tahun 2020 dan membawa ke tahun 2021 masih dalam perintah kawalan pergerakan yang dilihat amat menjejaskan ekonomi dan merumitkan sistem pengajian dan pembelajaran untuk diteruskan seperti sediakala.

Ekonomi, Kesihatan & Pendidikan Isu Global

Menyentuh isu kesihatan, menurut Dr Hishamshah, Covid-19 bukan sahaja merobah skala kesihatan di Malaysia tetapi juga seluruh dunia terjejas dan terkesan.

“Ketika Malaysia berjuang memutuskan Covid-19 kita diminta untuk mengubah corak kehidupan yang telah menjadi rutin. Permulaan dengan kawalan perintah pergerakan yang pertama dilihat berjaya sedikit mengekang penyebaran virus, tetapi kes melonjak semula apabila berlakunya perhimpunan dan perkumpulan ramai yang mana mencetuskan gelombang kedua penyebaran. Apa yang kita lihat, satu norma baharu dan pengenalan kepada Standard Operating  Procedur (SOP) perlu diperkenalkan.

"Biarpun pada awalnya ia satu perkara yang asing namun hingga hari ini, norma baharu ini dilihat satu langkah pencegahan yang berjaya. Pengenalan kepada 3S iaitu hindari tempat sempit, sembang jarak dekat dan sentuhan dielakkan merupakan norma baharu yang kita amalkan dan mampu kekang penularan virus di kalangan komuniti. Jadi norma baharu ini dilihat satu SOP yang berjaya dalam memutuskan rantaian andai kita semua ikut dan patuh pada SOP yang betul,” ujarnya.

Satu yang menjadi persoalan juga ialah, ketika negara sudah menjalani suntikan vaksin, adakah norma baharu masih relevan untuk diguna pakai?

Menurut Dr Hishamshah, vaksin memang salah satu cara penyelesaian tetapi norma baharu perlu diteruskan. Penyelidikan demi penyelidikan dijalankan dengan cara tersendiri sama ada menggunakan kaedah lama ataupun baru. Kajian-kajian klinikal terus dijalankan di hospital dalam merawat Covid-19. Apa yang diharapkan, segala bentuk kerjasama diberikan oleh masyarakat untuk sama-sama putuskan rantaian.

Sebelum hadirnya Covid-19 pun ekonomi negara sudah berada dalam landskap yang tidak tentu, inikan pula dengan adanya virus yang bercorak pandemik. Sememangnya kehadiran Covid-19 mencetuskan ‘mega trend’ yang menyekat dan memerlukan masa bagi banyak sektor untuk terus berdaya saing.

Teknologi mengambil tempat dalam ekonomi

“Penggunaan teknologi satu cara untuk mencorakkan ekonomi pada kali ini. Setiap perniagaan perlu mengguna pakai teknologi kerana sepanjang tempoh kawalan pergerakan segala perkhidmatan dilakukan atas talian. Dilihat ada cabang ekonomi yang meningkat pada musim ini dan pastinya sektor pelancongan yang dilihat paling terkesan. Namun, dengan suntikan bantuan yang pantas daripada kerajaan, ekonomi masih berjalan walaupun ada yang menunjukkan kadar penurunan yang meruncing dalam bidang-bidang tertentu.

"Apa yang boleh dilihat Covid-19 telah memberi rekaan baru kepada pertumbuhan ekonomi iaitu penggunaan teknologi yang lebih menyeluruh. Mungkin negara-negara membangun masih boleh bersaing namun ekonomi negara-negara yang mundur adalah yang paling terkesan," kata Nik Nazree.

Selain isu kesihatan dan ekonomi pasti pendidikan juga ada sisi terkesan mereka sendiri. Tiga cabang ini yang boleh dikatakan tonggak terpenting pembangunan negara dengan pantas mendapat perhatian daripada pihak kerajaan ketika Malaysia sedang berjuang berhabis-habisan menentang musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini.

Pada IFOCA 2021, Siri ke-3, Dr Norhayati menjadi wakil pendidikan untuk sama-sama berkongsi pendapat, idea dan pandangan tersendiri berkaitan pendidikan.

“Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dalam talian dengan menggunakan platform misalnya Google Meet dan aplikasi Zoom tiba-tiba menjadi butir bicara masyarakat. Daripada tidak tahu menjadi tahu. Cabaran untuk pensyarah dan pendidik menjadi semakin hebat. Banyak benda dan cabang pengajaran yang baru dan kreatif kena kami serap demi kelangsungan pendidikan untuk pelajar.

"Pada awal PKP, kelas semua diberhentikan, mulanya menjadi menjadi satu masalah. Namun masalah bertukar menjadi menjadi cabaran dan kini ia menjadi semakin mudah. Mulanya emosi pelajar terutamanya pelajar Tahun Satu sukar untuk digambarkan. Mereka tidak seperti abang dan kakak yang lain. Berjumpa rakan dan pensyarah pada alam fizikal, tetapi mereka kenal dalam talian. Pasti emosinya berbeza. Tiada riadah di padang, tekanan pada emosi mereka berbeza. Pensyarah memainkan peranan. Perlu jadikan pembelajaran atas talian satu medium yang menyeronokkan.

"Kini selepas melepasi saat mencabar 2020, 2021 pembelajaran dalam talian semakin boleh diterima. Sisi sedih diserang Covid-19 jika dilihat dari sudut positif banyak membawa perubahan yang meningkatkan daya eksplorasi kita dalam pelbagai cabang dan bidang. Para penyelidik tidak berhenti untuk mengkaji apa lagi yang terbaik untuk dihidangkan kepada pelajar dalam menghadapi situasi baru ini,” ujarnya.

Pada forum kali ini, ketiga-tiga panel menyuarakan dan memberi pandangan mereka yang bernas sekaligus memberi input yang jelas dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

IFOCA 2021 memberikan satu merit yang tinggi pada warga kampus sekali gus menjadi medium penyampai ilmu kepada seluruh mahasiswa. Hal ini membuktikan perkongsian dalam talian adalah medium yang patut digunakan secara meluas. IFOCA 2021 boleh ditonton menerusi aplikasi live di laman sosial facebook Pusat Perhubungan Alumni.

Lebih bersejarah IFOCA 2021, melabuhkan tirainya pada saat UPM sedang meraikan Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun (1971-2021) yang sedang berlangsung hingga penghujung tahun 2021.

Selain IFOCA 2021, perayaan kali ini turut dimeriahkan dengan Program UPM Alumni Golden FIT.

Menariknya, Golden FIT adalah aktiviti kecergasan yang dianjurkan secara maya telah dilancarkan pada 5 April 2021 dan akan berakhir pada 30 Jun 2021.

Aktiviti sukan ini boleh disertai oleh seluruh warga kampus UPM, alumni, staff dan juga orang awam. Untuk memeriahkan acara kecergasan ini, anda hanya perlu mendaftar dengan mudah di sini http://linktr.ee/alumnigoldenfitupm

Artikel menarik

Laksana proses penggiliran, ini sebab ramai guru lebih memilih proses pembelajaran secara bersemuka

Inovasi penyelidik UTeM luar biasa, rangkul 24 pingat dan 2 anugerah khas pada CITREx 2021


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok