4
4

Asah bakat kepimpinan sejak bangku sekolah, kisah pemuda ini boleh dicontohi

Rasyidah Zulkifi
24 Jan 2022 04:32pm
A
A
A

Untuk menjadi seorang pemimpin, perlu mempunyai tiga ciri utama ini iaitu berwawasan, mempunyai nilai baik dan daya kekuatan yang tinggi.

Ciri-ciri ini boleh dibentuk sejak di bangku sekolah lagi dan kemudian dipraktikan sehingga dewasa kelak.

Baca juga: IPT tubuh kelab sukarelawan, pupuk semangat dan budaya kesukarelawanan dalam kalangan pelajar

Baca juga: UiTM, Kindness Malaysia beri bantuan 100 kit solat untuk mangsa banjir di Selangor

Begitulah dengan kisah personaliti minggu ini, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Wan Arash Azzazi Johari, 25, yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Media di Pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Wan Arash Azzazi sedang berbincang dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Menceritakan pengalamannya, Wan Arash Azzazi meminati dunia kepimpinan sejak berusia belasan tahun.

Dalam usia muda begitu, Arash mengakui gemar mendengar ucapan daripada Perdana Menteri (PM) dan sering mengikuti perkembangan isu semasa.

Apabila menginjak ke usia remaja, sifat kepimpinan ini terbentuk lalu beliau mula mengasah bakat dengan menjadi pengacara majlis.

Arash mula memberanikan diri belajar bercakap di khalayak ramai.

Seterusnya Arash mula berjinak-jinak dalam dunia kepimpinan di kampus dengan menyertai University Motivator Competition (UMAC).

"Saya tersenarai 'Top 10' dalam pertandingan tersebut jadi saya menawarkan diri untuk menyertai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UiTM.

"Alhamdulilah, saya mendapat kepercayaan dengan memenangi pilihan raya kampus tersebut.

"Sejak itulah, minat saya dalam kepimpinan makin bercambah," katanya.

Selepas itu, Arash mencuba nasib dalam program Felo Perdana, sebuah program yang menawarkan peluang bagi siswazah dan graduan cemerlang untuk bekerja sementara kepada Menteri Kabinet termasuk PM.

Beliau terpilih menjadi salah seorang Felo Perdana kepada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Arash terpilih dan sehingga kini terus berkhidmat dengan kerajaan.

Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, individu yang banyak mendorongnya dalam bidang kepimpinan adalah ibu bapa, adik beradik dan rakan taulan.

Ditanya mengenai ciri-ciri seorang pemimpin, Arash memberitahu selain sokongan orang terdekat, seorang pemimpin mesti mempunyai disiplin yang sangat tinggi.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Perkara ini nampak seperti mudah namun sebenarnya susah untuk dikekalkan.

"Disiplin inilah yang akan membentuk jati diri seseorang pemimpin itu," ujar anak kedua daripada tiga beradik ini.

INFO

Anugerah/Pencapaian

1. Pegawai media di Pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

2. Ahli Majlis Perundingan Belia Negara

3. Ahli senat UiTM

4. Pengacara Bicara Siswa yang dibawakan oleh UiTM Channel bersama Naib Canselor

5. Pegawai perhubungan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Karnival Pendidikan Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera (PUTRA 2018)

6. Naib Yang di-Pertua, MPP UiTM Shah Alam

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok