maxresdefault
maxresdefault

Jom kenali pereka cipta kelahiran Malaysia yang telah banyak berbakti kepada negara

Mohd Khairi Mohamad Yusri
24 Dec 2021 02:27pm
A
A
A

Jika dulu, tiada siapa yang menyangka kita mampu berkomunikasi merentas benua dalam masa yang singkat, tetapi dengan pengenalan telefon dan internet ia telah menjadi satu perkara yang biasa.

Justeru, kita perlulah sentiasa bersyukur kerana kebanyakan tugas kita hari ini sudah menjadi jauh lebih mudah berbanding sebelum ini. Semuanya kerana idea-idea dan inovasi yang lahir daripada para pereka cipta sejak dahulu hingga kini.

Mungkin nama-nama seperti Benjamin Franklin, Thomas Edison, dan Nikola Tesla sudah dikenali ramai dek kerana produk-produk ciptaan mereka yang banyak mengubah landskap dunia.

Tapi tahukah anda sebenarnya negara kita turut mempunyai pereka-pereka cipta yang tidak kurang hebatnya.

Jom kita lihat siapakah mereka.

1. Zulkifli Haron

Zulkifli Haron lahir pada 2 Januari 1959 di Kelantan dan dibesarkan di Kampung Sri Serendah, Rawang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rawang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Mara (IKM).

BACA

Zulkifli merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Zull Design Autotronic dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang reka cipta. Antara bidang kepakaran beliau ialah kejuruteraan automatif, mekanikal, elektrik dan elektronik serta imaginasi. Pada 2011, beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam.

BACA JUGA: Program pementoran PMM pacu kecemerlangan jangka panjang

BACA JUGA: Sambutan Aidilfitri Sekolah Rendah Islam Al-Azhar disambut sederhana tapi meriah

Antara hasil ciptaan Zulkilfli ialah

1984 - Kereta berkomputer yang boleh bergerak secara automatik tanpa kawalan. Ia menggunakan enjin elektrik dan dilengkapi dengan alat kawalan dan keselamatan.

1988 - Rumah lot 2020 yang dikendalikan oleh sistem suara.

1991- Hoverkraf yang menggunakan kuasa angin.

1999 - Mesin untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) seperti mesin karipap, roti jala dan lain-lain lagi.

2000 - Sistem oceantronic iaitu sistem ternakan ikan laut dengan menggunakan sumber air paip.

2001 - Kerusi roda automatik yang menggunakan pengecas bateri untuk bergerak tanpa bantuan tenaga manusia.

2016 – Kamera penyalahgunaan lorong kecemasan yang dapat mengesan dan merakam secara automatik kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan.

2. Robest Yong

Robest Yong telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Methodist di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjayanya dengan sebuah syarikat kejuruteraan dan sering dihantar ke luar negara untuk belajar tentang teknologi dan jentera terkini.

Berbekalkan sifat ingin tahu, beliau nekad meninggalkan pekerjaannya pada 1989 dan memulakan syarikat sendiri untuk menceburi dunia kreatif dan ciptaan baharu. Pada 1993, usahanya berhasil apabila POLYCLONE Instant rubber stamp machine telah dicipta dan dipasarkan di seluruh dunia.

Robest telah mencipta banyak ciptaan baharu dan telah menerima pelbagai anugerah tertinggi negara seperti Rekacipta Terbaik Negara 1994, Anugerah Belia Negara 1997 dan Malaysian Outstanding Young Award 2000.

Antara hasil ciptaannya ialah

• POLYCLONE Instant rubber stamp machine

• MOBIHEAT Portable water heater

• KAMIKAZE Mosquito glue

• GET-me Luggage detector

• STACT-on Magnetic brush

• CARVER-up Car mat

• ABL Automatic brake lock

• FLUSH n WASH Water cistern

• GREEN WHIZZARD Probiotic plant nutrients

• TIME-LOCK Remote control

• POPaWARE Disposable saucers

• LIDaBAG Plastic bag covers

• TGFree Laptop charger

• Egg incubator

Sumber Buku Teks Rekacipta tingkatan 4

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok