79C2F975-7938-46ED-B07A-B263089DE638
79C2F975-7938-46ED-B07A-B263089DE638

Bermula dengan hobi, guru Fizik ini berjaya raih 13 Anugerah Pendidikan Sains

Rasyidah Zulkifi
12 Feb 2022 03:51pm
A
A
A

Inovasi merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan projek sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan tertentu sehingga dapat meningkatkan produktiviti.

Justeru, dalam bidang Pendidikan, inovasi guru sangat diperlukan ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Inovasi terutamanya dalam subjek Sains sangat penting kerana bukan sahaja boleh memudahkan sesi PdP bersama anak murid, malah, boleh membentuk guru yang berfikiran kreatif ketika mengajar.

Salah seorang guru dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa, Sia Peng Yee merupakan antara guru yang kerap menyertai pertandingan demonstrasi projek sains.

Anugerah Toray merupakan antara pertandingan yang kerap disertainya sejak tahun 2004 lagi.

Anugerah Toray merupakan Anugerah Pendidikan Sains, Malaysia Toray Science Award (MTSF) anjuran Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pertandingan projek berbentuk inovasi ini banyak disertai oleh guru-guru yang mengajar subjek Sains termasuklah Fizik.

Berkat kegigihannya sehingga kini, Peng Yee berjaya meraih 13 Anugerah Pendidikan Sains MTSF.

13 inovasi ABM Fizik, Peng Yee

Pada tahun 2004, 2005, 2007, 2008, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, Peng Yee berjaya memenangi Anugerah Pendidikan Sains MTSF bagi sembilan inovasi Alat Bantuan Mengajar (ABM) subjek Fizik.

Manakala, pada tahun 2010, 2012, 2019 dan 2021, beliau meraih tempat kedua bagi empat lagi penyertaan dalam pertandingan sains tersebut.

Antara inovasi ABM Fizik yang mendapat anugerah tersebut termasuklah, Experiment of Diffraction Grating by Using Protractor, Fun with Vacuum Cleaner, Simple Track, Air Pucks, Prairie Dog’s Burrow, When Heimlich Meets Pascal, Hudraulic Disc Brake System, Hydraulic Drum Brake Model, Sorting with DIY ECS, The Secret of Banana Kick, MCB Made Easy, Understanding Electromagnetic Induction with Ukulele dan DIY Force Board.

Sehingga kini, beliau masih giat melakukan pelbagai projek sendiri untuk dipertandingkan sekali gus menjadikannya sebagai ABM pada sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek Fizik.

“Membuat inovasi adalah hobi saya, kita rasa sentiasa nak buat.

“Lebih kurang setiap tahun saya cuba hasilkan inovasi yang unik dan lain daripada yang lain.

“Saya cuba jadikan ‘Toray Science Award’ sebagai satu platform untuk saya mendapat ilham juga berkongsi pengalaman dengan guru-guru serta pensyarah elit di seluruh Malaysia,” katanya ketika menjadi panelis jemputan pada sesi Webinar Mentoring Eksklusif Bersama Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C.

Program webinar ini anjuran Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK).

Artikel berkaitan 

Cikgu Ahmad Azharulzaman terkejut! Tidak sangka inovasi ‘Mr POS Family’ terpilih untuk pembentangan di Azerbaijan

Semarakkan budaya inovasi dan kreativiti UKM tidak terkecuali

4 penyelidik bangunkan Modul STEM Covid-19, bantu guru laksana PdP di sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok