1 cabaran pengajaran dahulu dan sekarang
1 cabaran pengajaran dahulu dan sekarang

Cabaran pengajaran dahulu dan sekarang

Rasyidah Zulkifi
18 May 2022 09:31am
A
A
A

Menuntut ilmu pada hari ini memang jauh berbeza dengan zaman dulu kerana perubahan teknologi banyak mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT).

Generasi Y mungkin berpendapat persekolahan di zaman mereka lebih memenarik dan menyeronokkan tetapi murid-murid alaf baharu juga punya hujah tersendiri mengenai keseronokan berada di bangku sekolah pada zaman ini.

Tidak kiralah apa juga kaedah PdP yang digunakan pada zaman dulu atau kini yang penting matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti seiring dengan perkembangan zaman.

Sehubungan dengan itu, Sinar Bestari kongsikan serba sedikit mengenai perbezaan cara pengajaran dahulu dan sekarang.

Tuntasnya tidak kira dahulu atau sekarang, masing-masing mempunyai kebaikan yang tersendiri bagi setiap generasi yang melaluinya.

*****

Cara pengajaran dahulu

1) Pembelajaran secara konvensional

Ini dilakukan secara bersemuka kerana dahulu kurang kemudahan teknologi maklumat (IT) disediakan di sekolah-sekolah. Ia menyebabkan tahap penguasaan IT dalam kalangan murid rendah dan lemah. Ini kerana tiada pendedahan formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.

2) Fasiliti teknologi yang terhad

Murid bergantung dengan kemudahan IT di makmal komputer sekolah. Di sana mereka menggunakan komputer yang dibekalkan kementerian untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah. Mereka tidak dibenarkan membawa peranti pintar peribadi dalam kawasan sekolah.

3) Ketiadaan rangkaian internet

Ia menyukarkan murid menyelesaikan tugasan yang rumit. Internet mampu memudahkan mereka namun sukar dicapai kerana kawalan yang ketat oleh pihak sekolah. Murid cuma bergantung kepada guru mata pelajaran untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

Kredit foto: Unsplash

4) Kebergantungan terhadap guru

Sistem pendidikan dahulu menekankan guru untuk mengajar. Murid hanya menerima ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh guru. Ini menyebabkan murid kurang berdikari kerana tidak berkembang dari sudut pengetahuan.

5) Hafal teori peperiksaan

Murid sekadar menghafal teori di dalam buku teks untuk menjawab kertas peperiksaan. Penilaian berdasarkan gred kertas peperiksaan di mana murid yang gagal perlu mengulanginya semula. Kemungkinan mereka sukar untuk naik kelas pada tahun berikutnya.

6) Penghargaan kepada murid cemerlang

Tiada penilaian secara holistik yang merangkumi aspek peribadi dan moral murid. Murid yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang selalunya mendapat penghargaan dan perhatian para guru. Ini menyebabkan mereka yang lemah dalam penguasaan akademik dipinggirkan.

 

Cabaran pengajaran sekarang

1) Kurang capaian internet

Internet adalah elemen penting pada masa kini. Apabila sistem pendidikan negara berubah ke arah digital, murid memerlukan capaian internet yang stabil. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, maka ia akan menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama ketika Covid-19 melanda seluruh dunia penghujung 2019.

2) Sukar berdisiplin

Disiplin merupakan elemen penting yang menentukan prestasi akademik seseorang murid itu. Dengan adanya pendigitalan pendidikan, guru berhadapan kesukaran untuk memantau tumpuan murid terutamanya ketika memberi kerja rumah secara dalam talian. Kebarangkalian murid tidak menyiapkan tugasan itu adalah tinggi kerana guru tiada di hadapan mata.

Kredit foto: Unsplash

3) Masalah komunikasi

Kebanyakan murid mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan berkesan melalui pembelajaran digital. Ia membantutkan interaksi dengan guru dan rakan sekelas yang lain. Dalam kerja berkumpulan, murid tidak dapat memberi kerjasama yang penuh untuk melengkapkan tugasan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

4) Kekurangan alat teknologi

Masalah paling besar ini kerap berlaku di kebanyakan sekolah kerana kekurangan peruntukan. Mamandangkan PdP hari ini memerlukan elemen teknologi dalam pendidikan secara tidak langsung isu ini mengganggu proses itu.

5) Guru kurang mahir mengenai teknologi

Kemahiran dalam teknologi ini penting untuk melahirkan guru yang berbakat untuk mendidik anak murid seiring dengan kemajuan zaman. Namun, terdapat segelintir guru senior yang sudah beradaptasi sekian lama dengan kaedah mengajar secara konvensional berdepan dengan kesukaran mengaplikasikan kemudahan ini. Ada guru yang memerlukan bimbingan daripada orang sekeliling untuk memudahkan urusan kerja mereka pada masa ini.

Artikel berkaitan 

UPSI tubuh CPRI perkasa pedagogi dan inovasi

Guna teknologi dan gajet, dapat pelbagaikan kaedah PdP dan atasi masalah beg berat

Beri motivasi menerusi penulisan, usaha gigih guru besar ini tarik perhatian ramai


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok