Untitled design (2)
Untitled design (2)

PBSMM bangunkan inovasi untuk orang ramai

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
23 Nov 2021 03:45pm

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) merupakan badan sokongan kepada kerajaan dalam lapangan kemanusiaan yang telah menyumbang kepada masyarakat sejak lebih 70 tahun.

Pelbagai usaha kolaboratif dan sumbangan dijalankan untuk menambah baik aktiviti dan perkhidmatan sedia ada kepada masyarakat dalam membantu meringankan beban terutama semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Usaha ini termasuk membangunkan inovasi dalam memperbaharui platform menderma kepada PBSMM iaitu aplikasi kod imbasan QR Touch’nGo yang lebih mudah dan cashless.

1) Menderma ke PBSMM melalui Touch’nGo

Touch’nGo e-dompet telah menyediakan kemudahan kod imbasan QR untuk sumbangan terus kepada PBSMM sejak Pandemik Covid-19 melanda bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Kod imbasan QR ini memudahkan orang awam untuk memberi sumbangan terus dengan menyumbang tanpa tunai.

Malah, ini merupakan inovasi PBSMM melalui Touch’nGo, di mana selama ini mereka bergantung kepada kaedah tradisional dalam menerima sumbangan. Medium ini akan menjamin sumbangan masyarakat lebih selamat, mudah dan cepat.

Melalui aplikasi ini sumbangan akan dimanfaatkan melalui program-program di bawah PBSMM antaranya Projek Bakul Makanan komuniti kepada penduduk B40 yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik Covid-19.

Pada masa yang sama, PBSMM turut memberi tumpuan dalam melatih belia sebagai pemimpin dan pengganti pada masa depan melalui aktiviti sukarelawan dalam kalangan ahli-ahli.

Baca juga KPM akan keluarkan jadual baharu SPM

Baca juga 9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

2) Laman sesawang MRCS Community

PBSMM turut menambah baik serta mengemas kini pangkalan data lengkap bagi semua ahli PBSMM di seluruh negara dengan mewujudkan laman sesawang MRCS Community (https://mrcscommunity.org.my/)

Laman sesawang ini memudahkan belia atau orang awam untuk mendaftar sebagai ahli baharu PBSMM dan secara langsung dapat menyertai aktiviti peningkatan kendiri serta membantu dalam misi kemanusiaan.

Pada masa yang sama, ia juga mempunyai fungsi halaman bagi acara di mana pengguna boleh memuat naik program atau acara dan mengiklankannya kepada pengguna lain. Malah, platform ini akan menggalakkan penglibatan pengguna dalam semua aktiviti PBSMM di semua peringkat.

MRCS Community juga mengenal pasti sukarelawan berdasarkan kemahiran masing-masing dan akan memadankan mereka dengan tugas yang sesuai.

Bagi individu yang telah mendaftar sebagai ahli baru, mereka akan mendapat kad keahlian dan turut dilindungi insurans secara automatik (apabila menyertai program MRCS).

Melalui laman sesawang ini juga, setiap ahli yang berdaftar dapat mengetahui dan boleh menyertai program serta aktiviti yang berlaku atau dilakukan di sekeliling mereka.

3) First Aid - IFRC

Pada 2017, PBSMM telah memperkenalkan aplikasi pertolongan cemas yang pertama di negara ini yang menyediakan maklumat, kaedah asas dan ilmu untuk memberi bantuan awal ketika berhadapan kejadian tidak diingini.

Dikenali sebagai First Aid – IFRC, aplikasi ini dilengkapi dengan video, animasi dan kuiz interaktif berkaitan pertolongan cemas yang mudah diakses sebagai rujukan orang ramai di mana saja.

Aplikasi ini telah dibaik pulih dan kini dikendalikan oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) untuk kegunaan yang lebih meluas di peringkat antarabangsa di mana 68 negara dapat mengakses aplikasi ini termasuk Malaysia.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Dengan adanya kemudahan aplikasi ini, sekurang-kurangnya masyarakat boleh memberi pertolongan asas sementara menunggu ketibaan pegawai perubatan dan ambulans.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat jika berlaku situasi kecemasan seperti terbakar, tercekik, pitam dan sebagainya termasuk keselamatan air.

Selain memberi maklumat tentang pertolongan cemas, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk memberi bantuan kecemasan jika berada di luar negara, di mana pengguna boleh mendapatkan kontak untuk bantuan kecemasan segera.

Aplikasi ini turut membekalkan maklumat pertolongan awal yang berunsurkan pendidikan. Jika ingin menjadi ahli PBSMM terlatih, orang ramai juga boleh menghadiri latihan praktikal dan akan mendapat sijil sepenuhnya yang diiktiraf oleh DOSH dan boleh diguna secara global.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp