Sistem Penapisan Air Bawah Tanah yang telah siap dibina
Sistem Penapisan Air Bawah Tanah yang telah siap dibina

Penyelidik perkenal sistem penapisan air, bantu Orang Asli dapatkan bekalan air bersih

Rasyidah Zulkifi
15 Jul 2022 03:33pm
A
A
A

Pada minggu lalu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang prihatin dengan kebajikan komuniti setempat tampil membantu masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan bekalan air bersih di Kampung Lama Kangkar Senangar, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Program itu merupakan aktiviti pemindahan ilmu dan telah dijalankan oleh Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam (JTKA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran UTHM-Kampus Pagoh. 

Sistem penapisan air bawah tanah yang telah siap dibina oleh sekumpulan penyelidik dari UTHM.

Ketua penyelidiknya, Dr Mimi Suliza Muhamad, berkata, masyarakat Orang Asli di perkampungan tersebut boleh mendapatkan sumber air bersih dari bawah tanah untuk kegunaan harian melalui sistem penapisan air berinovasi yang telah dihasilkan oleh FTK.

“Sistem ini terdiri daripada beberapa lapisan pasir dan batu sungai berserta penjerapan makrokomposit yang diperbuat daripada sisik ikan talapia. 

“Ia dapat menyingkirkan bahan pencemar di dalam air bawah tanah seperti bahan-bahan organik dan bukan organik (pepejal terampai, terlarut dan logam berat yang berbahaya) serta mampu mengurangkan kekeruhan air dan bahan kimia.

“Kami berharap semoga perkongsian inovasi ini dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara UTHM dan komuniti,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar, Mohd Fairul Surian, Provos UTHM Kampus-Cawangan Pagoh, Profesor Madya Ts Dr Mohd Kamarulzaki Mustafa, Dekan FTK, Profesor Madya Ts Dr Jumadi Abdul Sukor, staf dan wakil Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat.

Artikel berkaitan 

Penyelidik UUM berjaya komersialkan produk aplikasi penghantaran

Penyelidik UKM reka corak warisan Melayu pada telekung

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok