UKM kerjasama SITIKHADIJAH
UKM kerjasama SITIKHADIJAH

Penyelidik UKM reka corak warisan Melayu pada telekung

Rasyidah Zulkifi
15 Jun 2022 01:26pm
A
A
A

Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi menghasilkan corak warisan Melayu turun-temurun pada telekung Siti Khadijah Apparell Sdn. Bhd. sebagai tanda kolaborasi kedua belah pihak itu.

Rekaan tersebut dilakukan oleh Ts Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) merujuk kepada satu manuskrip Melayu Purba.

Berdasarkan hasil tinggalan sejarah itu, beliau berjaya membuat lapan jenis corak untuk telekung dan pihak Siti Khadijah telah memilih empat daripada corak yang dihasilkan.

Menurutnya, orang ramai sukar untuk melihat kecantikan manuskrip tersebut jika tidak diolah menjadi bunga warisan seni

“Apabila telah diolah, ia menjadi cantik dan berpotensi untuk dijulang ke persada kebangsaan dan antarabangsa.

“Kita mahu mengkomersialkannya kerana corak-corak ini mempunyai nilai estetika khusus yang melambangkan kesenian Melayu” katanya pada Majlis Penyerahan Dokumen Perlesenan antara INOVASI@UKM dan Siti Khadijah Apparell Sdn. Bhd.

INOVASI@UKM ialah pejabat pemindahan teknologi yang mengiktiraf hasil penyelidik universiti tempatan berkenaan sekali gus mempromosikan UKM untuk ruang kerjasama dengan rakan kolaborasi selain melindungi Harta Intelek, Teknologi dan Produk.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Datuk Dr Wan Kamal Mujani berkata, ini adalah inisiatif bagi mengetengahkan corak khazanah seni Alam Melayu.

Tambahnya, usaha tersebut sejajar dengan naratif watan UKM untuk memperkesaka jati diri sebagai Keluarga Malaysia.

“Semoga corak yang dilesenkan ini menjadi satu permulaan untuk pengkomersialan dan penggunaan lebih banyak lagi corak seni warisan Alam Melayu supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang. 

“Terdapat banyak lagi corak hiasan Alam Melayu yang menarik dan mempunyai nilai tinggi bagi dikomersialkan,” ujarnya.

Artikel berkaitan 

Penyelidik cipta dron pelbagai fungsi, inovasi tingkat produktiviti pertanian 

Penyelidik UM hasilkan ToothPoly, inovasi didik murid jaga kesihatan gigi

Penyelidik UUM berjaya komersialkan produk aplikasi penghantaran

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok