utem
utem

Projek pelajar bina sangkar kitar semula untuk manfaat komuniti

Rasyidah Zulkifi
06 Jul 2022 09:09am
A
A
A

Sekumpulan pelajar tahun empat Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya menghasilkan inovasi sangkar kitar semula untuk kegunaan komuniti kawasan perumahan setempat.

Menurut Pensyarah Kanan FKP UTeM, Dr Khairul Fadzli Samat, pelajar dipertanggungjawabkan menguruskan keseluruhan projek bermula daripada proses reka bentuk, tahap fabrikasi dan sehingga proses akhir.

“Untuk menghasilkan sangkar, pelajar mendapat bimbingan daripada pensyarah dan penolong jurutera yang berkemahiran serta berpengetahuan tinggi, jadi kualiti fabrikasi produk adalah setanding dengan penghasilan industri pembuatan berkaitan di luar sana.

"Kos keseluruhan pula berjaya dikurangkan sehingga 50 peratus dan beberapa inovasi diadaptasi untuk menambah baik reka bentuk sangkar.

"Lebih membanggakan inovasi dan fabrikasi yang dilakukan pelajar ini sudah diakui sendiri Eksekutif Komunikasi Korporat, Ahmad Fuad Ramdan iaitu wakil SWM Environment Sdn Bhd yang juga syarikat bertanggungjawab dalam proses pungutan buangan kitar semula di Melaka," katanya.

Tambahnya, sangkar kitar semula ini yang sudah siap itu ditempatkan di KRT Taman Seri Bayan, Melaka untuk manfaat pihak komuniti.

Ujarnya, pihak SWM Environment Melaka bersetuju melakukan kutipan secara berkala di kawasan Taman Seri Bayan dengan adanya inisiatif penghasilan dan penempatan sangkar ini.

Ulasnya lagi, projek tersebut mendapat sokongan penuh daripada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Artikel berkaitan

Projek Megachili 2021- Wujudkan kebun dalam kampus di UPM

Idea pelajar ini buat juri terpukau, menang Anugerah Projek Terbaik

Projek lestari alam di sekolah buahkan hasil lumayan, galak penglibatan guru dan pelajar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok