alexander-andrews-ivtjHB_pxq4-unsplash (1)
alexander-andrews-ivtjHB_pxq4-unsplash (1)

Geram bateri telefon cepat ‘kong’? Ini antara antara aplikasi yang ‘kuat makan bateri’

Mohd Khairi Mohamad Yusri
17 Nov 2021 10:38am
A
A
A

Apabila kapasiti bateri telefon menjadi rendah, salah satu sebab mungkin berpunca daripada diri sendiri kerana terlalu kerap menggunakannya gajet berkenaan tetapi tahukah anda bahawa beberapa aplikasi dalam telefon itu sendiri juga sebenarnya menyebabkan telefon cepat habis bateri.

Sebuah syarikat aplikasi storan iaitu pCloud ada membuat analisis terhadap kebenaran aplikasi (app permissions) untuk mengetahui aplikasi mana yang beroperasi dengan sendiri walaupun tidak digunakan.

Cara yang mereka gunakan adalah dengan melihat fungsi apa yang sedang digunakan oleh sesuatu aplikasi (seperti lokasi dan kamera), berapa banyak tenaga bateri yang digunakan dan juga penggunaan mod-gelap. Hasil dapatan mereka mendapati terdapat lima aplikasi yang paling banyak menggunakan kuasa processor, iaitu Facebook, Fitbit, Skype, Uber (atau Grab), dan Verizon.

Bukan hanya kuat menggunakan kuasa processor, kelima-lima aplikasi tersebut juga merupakan aplikasi yang paling cepat menghabiskan bateri. Aplikasi media sosial adalah yang paling tinggi penggunaan tenaga.

Dalam ujian yang dilakukan itu melihatkan, Facebook, Instagram, LinkedIn, Snapchat, YouTube dan WhatsApp berada dalam 20 teratas di mana kesemuanya membenarkan 11 ciri berjalan di latar belakang.

Anda juga boleh melihat sendiri aplikasi yang menggunakan kuasa bateri paling banyak dengan pergi ke tetapan, pilih bateri dan lihat penggunaan bateri mengikut aplikasi.

Jangan terkejut jika mendapati bahawa penggunaan bateri pada aplikasi Twitter adalah setinggi 59 peratus daripada keseluruhan aktiviti telefon.

Namun jika anda tidak mahukan bateri telefon anda cepat habis, solusi yang paling terbaik adalah dengan mengubah tingkah laku semasa penggunaan telefon. Ia merupakan cara terbaik untuk menjimatkan jangka hayat bateri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok