ezgif-2-87b8ce17d6ce
ezgif-2-87b8ce17d6ce

Hindari fail di komputer tiba-tiba hilang! Cikgu-cikgu boleh gunakan cara Windows Backup ini

Mohd Khairi Mohamad Yusri
02 Aug 2021 03:17pm
A
A
A

Pada masa ini semuanya telah dilakukan menggunakan komputer sahaja.

Pelajar boleh menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja sekolah, para guru pula menggunakan komputer untuk menyimpan data dengan lebih mudah dan tersusun.

Jika hendak mencari fail dan data tersebut pada masa hadapan, tidak perlu lagi bersusah payah mencari di mana fail itu diletakan, hanya perlu buka komputer dan dengan beberapa klik sahaja, anda terus menjumpai fail yang diinginkan.

Namun, perkara-perkara seperti serangan virus mungkin akan menyebabkan fail-fail yang disimpan hilang atau tidak dapat diakses.

Jadi pada ketika itu, sekelip mata sahaja segala masalah akan timbul. Lagi teruk jika anda diserang oleh virus yang dikenali sebagai ransomware, di mana anda perlu untuk membayar wang untuk mengakses kembali fail-fail tadi.

GPSBestari ingin berkongsi cara untuk membuat backup di komputer. Anda boleh menetapkannya sebagai automatik bagi memudahkan kerja anda.

Untuk membuat back up secara automatik, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.

  • Buka settings
  • Klik Update & Security
  • Klik Backup
  • Kemudian, masuk “Looking for an older backup”, dan klik opsyen Go to Backup and Restore.

  • Di “Backup” seksyen, klik opsyen Set up backup yang terletak di sebelah kanan

  • Pilih lokasi penyimpanan sandaran

  • Tekan next
  • Di seksyen "What do you want to backup?", pilih opsyen - Let me choose,

anda boleh juga membiarkan windows yang tentukan apa yang perlu disandarkan melalui opsyen- Let Windows choose. Tetapi, mungkin ada fail-fail dan dokumen yang tidak dipilih oleh sistem windows, jadi opsyen terbaik di sini adalah opsyen Let me choose supaya anda dapat melihat sendiri apa yang mahu disandarkan

  • Klik Next
  • Di seksyen “Data Files”, pastikan anda tick semua fail yang perlu.
  • Kemudian, di seksyen “Computer", tandakan Local Disk (C:). (jika anda ada beberapa storan penyimpanan, anda akan dapat melihat semua list storan tersebut)
  • Tandakan opsyen Include a system of drives: System Reserved, (C:)

  • Klik Next.
  • Klik opsyen Change schedule.

  • Pilih Run backup on a schedule
  • Tetapkan kekerapan, tarikh, dan masa untuk windows menyandarkan semua fail

Jika anda sering membuat kerja-kerja yang penting di komputer, anda disarankan untuk memilih open ‘Daily’. Ini bagi memastikan semua kerja anda mendapat sandaran pada setiap hari.

  • Klik OK
  • Klik Save Setting and exit

Jika anda melakukan semua step di atas dengan tepat, satu fail untuk sandaran akan dibuat, dan proses sandaran akan terus bermula, bergantung kepada apa yang anda tetapkan tadi.

Sepanjang proses sandaran anda boleh sahaja menekan butang view detail untuk melihat fail apa yang sedang disandarkan dan juga sebuah butang untuk mengganggu proses penyimpanan. Selepas proses sandaran selesai, anda boleh melihat saiz sandaran serta lakasi penyimpanan sandaran tersebut di seksyen “Backup”, begitu juga dengan masa yang dijadualkan untuk penyandaran berikutnya.

Jadi selepas ini, jika anda menghadapi sebarang masalah kehilangan fail-fail penting akibat serangan virus ke komputer, anda boleh sahaja mengakses semula semua fail tadi menggunakan pemulihan sistem (system restore).

Bagaimana untuk melakukan restore? Nantikan artikel seterusnya

Sumber: Windowscentral

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok