Python_logo_and_wordmark.svg
Python_logo_and_wordmark.svg

Jom belajar “bahasa perisian” komputer, bina laman web sendiri

Mohd Khairi Mohamad Yusri
07 Jul 2021 05:02pm
A
A
A

Cuba kita lihat di sekeliling kita, boleh dikatakan pada masa kini, hampir setiap benda yang berada di dalam dan luar rumah kita menggunakan teknologi berasaskan komputer.

Dengan mempunyai pengetahuan asas dalam pengaturcaraan, ia mampu untuk mengubah cara kita berinteraksi dengan peranti yang kita guna setiap hari.

Ia juga mampu untuk membuka minda kita mengenai kepelbagaian kemungkinan dalam dunia pengaturcaraan yang tiada penghujung

Malah tahukah adik-adik, pemilik Tesla dan SpaceX, Elon Musk sendiri bermula untuk belajar mengenai pengaturcaraan komputer sejak umurnya 10 tahun lagi.

Kemudian pada umurnya 12 tahun, Elon Musk sudah mampu untuk mencipta permainan videonya sendiri yang dinamakan “Blastar”.

Bayangkan apa yang mampu adik-adik cipta jika mempunyai kebolehan dalam pengaturcaraan.

Antara bahasa pengaturcaraan yang sesuai untuk adik-adik mula belajar adalah:

    1. HTML

HTML ataupun nama penuhnya HyperText Markup Language merupakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan di laman-laman web yang kita lawati setiap hari hari di internet.

 

Jadi dengan mempunyai pengetahuan dalam HTML, adik-adik sudah mampu untuk membina laman web sendiri, menarik bukan?

    1. PHP

Seperti HTML, PHP atau nama penuhnya Hypertext Preprocessor, juga digunakan untuk pembangunan laman web. Jika adik-adik berminat untuk membangunkan laman web yang interaktif, PHP adalah sangat sesuai.

Antara sistem yang menggunakan bahasa pengaturcaraan ini adalah WordPress.

    1. Phyton

Python adalah bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi dan mudah dibaca. Bahasa ini adalah sangat mudah untuk dipelajari walaupun tanpa pengalaman yang tinggi di dalam dunia pengaturcaraan.

Antara perkara yang boleh dibangunkan menggunakan bahasa ini adalah seperti membuat permainan video, pembangunan laman web dan banyak lagi.

  1. Java

Jika adik-adik pernah bermain permainan video seperti Minecraft, adik-adik mungkin mahu belajar mengenai Java.

Dengan mempunyai pengetahuan dalam bahasa ini, adik-adik akan dapat meningkatkan pengalaman bermain dengan mencipta Mod pilihan adik sendiri dalam permainan Minecraft.

Selepas mempelajari bahasa-bahasa pengaturcaraan di atas, adik-adik sebenarnya sudah mampu untuk membina laman web yang menarik dan permainan-permainan video asas.

Jika adik-adik terus mendalami dan mengasah minat dalam skill pengaturcaraan ini, mungkin adik-adik bakal menjadi “Elon Musk yang seterusnya” dan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok