fix-win10-start-task-manager-restart-explorer-100894413-orig
fix-win10-start-task-manager-restart-explorer-100894413-orig

Menu Start atau taskbar ‘freeze’? Ikuti cara ini untuk membetulkannya

Mohd Khairi Mohamad Yusri
07 Sep 2021 09:39am
A
A
A

Kadang-kadang terdapat beberapa elemen utama yang terdapat di dalam Windows 10 akan menjadi tidak responsif. Apabila kita cuba klik menu Start, atau ikon lain yang ada di bar tugas di bawah, tidak ada apa-apa yang berlaku. Apabila kita terus juga klik, tetap juga tiada apa yang keluar, perkara ini sudah pastinya sangat menyakitkan hati.

Bagaimana? Kena hidupkan semula komputer ke? Tidak! Tak perlu menghidupkan semula komputer tersebut.

BACA juga:

Kek Macaroon, idea dari Paris, Wahdi Farhad tubuhkan Le Chouette Macaron

Seni kulinari bukan sekadar masakan, lebih banyak IPT tawar program seni kulinari

Menghidupkan semula (restart) memang merupakan satu tindakan yang boleh diambil jika komputer mula menghadapi masalah. Tindakan ini juga akan membetulkan masalah menu Start atau bar tugas yang tidak responsif. Tetapi ia akan memakan masa iaitu sekurang-kurangnya satu hingga lima minit bergantung kepada keadaan komputer tersebut, perkara ini boleh merosakan produktiviti.

Ini kerana komputer perlu memuat semula semua proses yang ada di dalam komputer termasuk menu Start dan bar tugas serta semua pemberitahuan (notification) yang ada di dalam komputer. Sebenarnya ada penyelesaian yang lebih mudah dan pantas sebelum anda cuba hidupkan semula komputer.

Sekiranya anda menekan kombinasi kekunci Alt-Shift-Esc atau klik kanan kawasan kosong di bar tugas, anda akan melancarkan utiliti Task Manager dengan mudah. Rujuk gambar di bawah yang menunjukkan menu pop-up tersebut, di mana anda boleh memilih Task Manager (ketiga dari bawah) untuk menjalankan alat itu.



Gunakan Task Manager untuk memulakan semula (restart) File Explorer
Setelah Task Manager dilancarkan, cari entri Apps yang ada pada tab Processes.

Nama lama bagi File Explorer adalah Windows Explorer, dan perkataan itulah yang akan dilihat di Task Manager.

Kaedah ini boleh mengambil masa sehingga 30 saat namun masih jauh lebih pantas daripada menghidupkan semula komputer. Jangan terkejut apabila anda melihat bar tugas kosong dan semua ikon hilang. Ini adalah perkara biasa yang berlaku semasa memulakan semula File Explorer. Sebelum dimulakan semula, ia mesti dihentikan terlebih dahulu - dan apabila dihentikan, semua elemen tersebut hilang buat sementara waktu.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sebaik sahaja proses File Explorer dimulakan, ia mengembalikan menu Start dan ikon bar tugas dan semua elemen Windows. Selalunya, perbuatan ini akan memperbaiki apa sahaja isu yang menyebabkan menu Start atau ikon bar tugas berhenti bertindak balas terhadap input pengguna.

Jika ikon bar tugas komputer anda menjadi tidak responsif atau menu Start menjadi ‘freeze’, boleh cuba cara ini.

Sumber: computerworld.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok