Panduan lengkap mahasiswa ceburi bisnes e-dagang, jana pendapatan melalui bakat keusahawanan digital
Dengan kemajuan teknologi maklumat, mahasiswa boleh berniaga secara dalam talian menerusi platform e-dagang.
Shopee adalah salah satu portal e-dagang yang menggalakkan penuntut pusat pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan digital.
Dalam kesibukan bergelar pelajar pun, anda masih boleh mendapat duit poket sendiri melalui perniagaan secara dalam talian ini.
Tidak perlu bersusah payah membuat pendaftaran syarikat yang semestinya memakan modal.
Menerusi Shopee, pelajar cuma perlukan bakat dan kemahiran mengaplikasikan teknologi untuk menjadi peniaga yang berjaya.
Justeru, Sinar Bestari kongsi panduan lengkap berniaga di Shopee sambil belajar di kampus.
Mari ikuti cara-cara seperti di bawah mengikut tertib yang betul.
*
Buka pelayar di peranti pintar dan layari laman sesawang peneraju e-dagang https://www.shopee.com.my.
Klik bahagian ‘Sign Up’ untuk mendaftar satu akaun. Anda perlukan nombor telefon bisnes sendiri.
Gunakan maklumat pendaftaran tadi kemudian ‘Log In’ untuk masuk ke dalam akaun sendiri.
Pergi ke bahagian atas penjuru kiri pelayar dan pelajar perlu tekan ‘Seller Centre’ portal Shopee.
Di bahagian ini, anda akan menguruskan segala tempahan daripada pembeli secara dalam talian.
Klik ‘Add New Product’ untuk senaraikan produk yang pelajar ingin jual kepada pengunjung Shopee.
Tambahkan nama produk maksimum sehingga 120 aksara pada ruangan kosong ‘Product Name’.
Pilih kategori yang betul mengikut barang jualan berkaitan dan tekan ‘Next’. Contoh, kasut bundle murah.
Masukkan lapan gambar barang jualan di bahagian ‘Basic Information’ kemudian penuhkan maklumat dengan jelas beserta ciri-ciri produk.
Boleh juga tambahkan video testimoni berdurasi antara 10 ke 30 saat dalam format MP4 asalkan saiz tidak melebihi 30 megabait.
Klik bahagian ‘Sales Information’ untuk lengkapkan harga, stok, variasi dan saiz barang yang ingin dijual.
Tekan ‘Shipping’ kemudian isi anggaran berat, panjang, tinggi dan lebar bungkusan produk.
Di ruangan ‘Others’ klik ‘Yes’ sekiranya barang jualan sudah tersedia atau ‘No’ jika pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
Penjual perlu tetapkan berapa hari tempoh penghantaran barang di ruangan bertulis. Tekan ‘Used’ sekiranya produk tersebut terpakai atau ‘New’ jika masih baru dan klik ‘Save and Publish’.
Penjual cuma perlu tunggu tempahan masuk daripada pengguna Shopee. Siap.
Sinar Bestari berharap bakat keusahawanan mahasiswa dapat dimanfaatkan menerusi kemudahan e-dagang yang percuma ini.
Artikel berkaitan
MoHE X Shopee: Siswa Mall hasil kolaboratif KPTM dan Shopee
Konsep asas dalam perniagaan yang penting diketahui sebelum memulakan perniagaan sendiri
Dulu berniaga dari rumah ke rumah, kini Jovian Mandagie jenama gah dalam dunia fesyen
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok