Pelajar aliran vokasional bakal penuhi keperluan industri

Rasyidah Zulkifi
06 Jul 2022 05:17pm
A
A
A

Bagi memastikan kelancaran program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerjasama daripada sekurang-kurangnya lima rakan industri strategik diperlukan dan ia selari dengan strategi keempat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Ts Dr Zaliman Sauli, kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi kepada Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam merealisasikan aspirasi Keluarga Malaysia dengan memperkasakan TVET harus dipandang serius.

“Banyak amanat penting telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad boleh dijadikan panduan untuk menggerakkan aliran TVET supaya menjadi pilihan kerjaya yang utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Atas dasar itu, penganjuran seminar antarabangsa ini menunjukkan kita cakna tentang pentingnya input dan pandangan daripada pihak industri berkaitan kompetensi mereka.

“Secara tidak langsung, kita dapat menjalinkan hubungan akademik-industri untuk bersama-sama memperkasa aliran TVET yang sekali gus meningkatkan sinergi aliran TVET hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya yang merupakan Pengerusi MTUN.

Tambahnya, MTUN telah membuat perancangan rapi dalam mempersiapkan pelajar bagi memenuhi keperluan industri melalui beberapa dasar yang telah dirancang bersama pihak KPT.

“Enam inisiatif utama telah dibentangkan sebagai hala tuju agenda pemerkasaan TVET, iaitu; untuk merangka model pembiayaan mampan; membangunkan polisi untuk menggalakkan penyertaan industri; mewujudkan Pelan Penjenamaan TVET Nasional.

“Selain itu, menubuhkan TVET Collaboration Hub; mewujudkan polisi penyelarasan penawaran program TVET; dan membangunkan Data Raya TVET,” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa MTUN sempena Minggu TVET Negara 2022, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Tan Sri Datuk Soh Thian Lai; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengurus Operasi dan Jualan, Shahrul Irwan Musa mewakili Pengarah Urusan 3D Gens Sdn. Bhd., Dr. Izhar Abd Aziz.

Hadir sama Pengarah, Program Latihan (ASEAN), Siemens Malaysia Sdn. Bhd, Ts Amiruddin Zahamail; Pengurus Kanan, Technical Delivery, EPIC OG Sdn. Bhd, Ts Sheh Yackop Abdol Karim; Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dr Mohd Zahari Ismail; dan Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ts Mohd Fizal Haroon.

Artikel berkaitan

Mendidik dan mahir menjahit, Cikgu Salina antara guru vokasional yang serba boleh

Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan siap dibina 

Tambah baik program TVET KPLB agar selari dengan kehendak industri

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok