HomeBuletinSekolah Vokasional Gwadar Pakistan siap dibina

Artikel Berkaitan

Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan siap dibina

GWADAR – Pembinaan Sekolah Vokasional, Gwadar Pakistan telah pun siap 1 OktoberĀ  lalu dan dibuka dengan rasminya.

Projek itu hasil kerjasama di bawah Koridor China-Pakistan.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Pelabuhan Gwadar, Kashani pada acara perasmian itu mengucapkan terima kasih atas bantuan China.

ā€œPakistan mendapat manfaat besar daripada pembinaan sumber tenaga dan infrastruktur sepanjang pelaksanaan projek Koridor China-Pakistan.

ā€œPihaknya akan menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin untuk menyediakan latihan kemahiran terhadap penduduk tempatan,ā€ katanya.

Duta China ke Pakistan, Nong Rong dalam ucapannya menerusi video berkata, dengan siapnya projek itu ia sekali gus menjadi satu lagi lambang kejayaan kerjasama di bawah Koridor China-Pakistan.

ā€œSekolah tersebut mampu menampung sekurang-kurangnya 1,000 pelajar untuk mendapat latihan kemahiran setiap tahun yang akan menyumbang kepada usaha memupuk modal insan tempatan berkemahiran tinggi,ā€ katanya.

Sekolah Vokasional Gwadar mempunyai keluasan bangunan lebih 7,500 meter persegi merangkumi kelas pembelajaran, pejabat pentadbiran, bengkel praktikal, dewan serba guna dan asrama pelajar serta pensyarah. – BERNAMA

Artikel Terkini