kelli-mcclintock--2M4B_nFZUs-unsplash (1)
kelli-mcclintock--2M4B_nFZUs-unsplash (1)

Perhatian, ibu bapa bekerjaya wajib tahu 7 perkara ini!

Mohd Khairi Mohamad Yusri
17 Dec 2021 04:42pm
A
A
A

Pada masa kini, dengan keadaan kos sara hidup yang kian meningkat saban tahun, suasana suami isteri bekerjaya bukan lah sesuatu yang pelik.

Sememangnya perkara ini sangat penting untuk memastikan taraf keluarga hidup kekal berada di tahap yang memuaskan dan sudah pasti tiada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka hidup susah.

Namun menjadi ibu bapa bekerjaya turut mempunyai cabaran yang tersendiri seperti perlu membezakan masalah di tempat kerja dan di rumah. Perkara ini perlu dijaga jika tidak, mungkin bakal memberi kesan terhadap pembesaran psikologi anak-anak dan seterusnya menimbulkan suasana yang tidak harmoni di dalam rumah.

Di bawah, GPSBestari kongsikan sebuah hantaran daripada Ketua Pengarah Esekutif (CEO), TheProParenting, Taufiq Razif yang berkongsi tujuh perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa bekerjaya.

***

Mak ayah yang penat bekerja wajib tahu tujuh perkara ini

1. Mak ayah yang baik sekalipun akan terdedah kepada burn out dalam bekerja.

2. Kadang-kadang yang burn out bukan fizikal tetapi mental ( mental exhaustion ).

3. Banyak kesan buruk burn out boleh dielakkan jika mak ayah 'fully aware' tentang tanda-tanda burn out.

4. Antara tanda dah burn out dengan kerja adalah hilang motivasi nak bekerja, rasa malas yang amat, mudah melenting, mudah marah, jadi malas nak layan anak, tertinggi suara pada anak dan pasangan serta lain-lain.

5. Kita kena tahu untuk anak-anak dan pasangan bahagia dengan kita, kena wujudkan 'safe space' bila mereka berada berdekatan dengan kita. Anak dan pasangan perlu rasa 'selamat dan tenang' bila berada bersama kita.

6. Kita kena rajin buat 'self assessment' dengan muhasabah diri apa punca kepenatan dan mental exhaustion kita. Kadang benda ni datang daripada diri sendiri yang perfectionist, unsettled emotions dan lain-lain.

7. Admit! Kadang kita kena mengaku kita tak mampu kawal emosi sendiri. It's okay untuk mengaku. Itulah acceptance, itulah redha. Insya-ALLAH hamba yang mengaku lemah akan dibantu Tuhannya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok