Sering berdepan ketakutan ketika berucap, berikut 14 persediaan yang wajib pelajar hadam!
Sering berdepan ketakutan ketika berucap, berikut 14 persediaan yang wajib pelajar hadam!

Sering berdepan ketakutan ketika berucap, berikut 14 persediaan yang wajib pelajar hadam!

Roshlawaty Md Raieh
09 May 2022 03:25pm
A
A
A

Pengucapan awam merupakan satu kaedah komunikasi lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang hendak diucapkan di hadapan khalayak ramai.

Perasaan takut, gementar dan berdebar-debar adalah perasaan yang biasa dirasai oleh setiap individu yang hendak berucap.

Bagi golongan pelajar, ada teknik dan latihan tertentu yang perlu mereka pelajari bagi mengurangkan rasa gemuruh ketika berada di atas pentas.

Justeru itu, Sinar Bestari kongsikan dengan pembaca tentang persediaan sebelum pelajar memberi ucapan.

Jom kita tengok persediaan tersebut.

1) Ada niat dan azam berucap di hadapan orang ramai untuk mencetuskan semangat semasa menghadapi situasi tersebut.

2) Buat pemerhatian dan belajar daripada orang yang terkenal untuk dijadikan panduan dengan mendengar gaya dan nada pertuturan serta melihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka penceramah.

3) Perlu menyediakan teks atau rangka dan isi ucapan bersesuaian dalam jangka masa yang diberikan untuk berucap.

4) Jika ini kali pertama anda hendak bercakap di khalayak ramai, maka berlatih berucap beberapa kali di hadapan cermin dahulu dan seterusnya berlatih berucap di hadapan ahli keluarga, guru dan rakan bagi membantu meningkatkan keyakinan diri. Mereka yang baik tidak akan melihat dan membaca teks yang disediakan.

5) Menerima segala teguran dengan hati yang terbuka untuk membaiki gaya dan nada ucapan. Pelajar perlu sentiasa berfikiran positif dan mempunyai emosi yang baik.

6) Jika anda masih baru, sediakan kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

7) Persediaan mental seperti berucap dahulu dalam minda dan membayangkan bagaimana akan berucap di hadapan khalayak ramai boleh membantu menenangkan perasaan sendiri.

8) Berdoa setiap kali hendak memulakan ucapan agar anda tenang dan apa yang hendak diucapkan dapat difahami serta diterima oleh pendengar.

9) Bersedia untuk menjawab apa jua soalan daripada para pendengar dengan hati terbuka.

10) Jangan panik jika soalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab sebaliknya jawablah dengan jujur apa yang anda tahu dan jawapan yang tidak pasti boleh dimaklumkan kemudian setelah pelajar mencari jawapannya.

11) Rehat secukupnya dan menjaga kesihatan diri agar ucapan anda tidak terganggu dengan masalah kesihatan serta sentiasa bersiap siaga untuk berucap.

12) Memakai pakaian yang sesuai dan selesa semasa hendak berucap.

13) Minum dan sediakan air sebelum berucap agar ucapan tidak terganggu akibat kekeringan mulut ketika menyampaikan ucapan.

14) Pastikan ke tandas terlebih dahulu sebelum naik ke pentas.

Artikel berkaitan 

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan

Nur Asyiqin dinobat penerima Anugerah Naib Canselor UKM. Tak sangka ini rahsia yang dia kongsikan!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok