
Kenali 26 peralatan yang sering digunakan penenun
Menenun kain bukanlah satu pekerjaan yang boleh dilakukan oleh semua orang.
Ini kerana, kain tenun yang terhasil perlu datang daripada individu yang berkemahiran, kreatif dan penuh kesabaran agar tenunan tersebut mempunyai nilai estetika tinggi dan menepati cita rasa pengguna.
Dalam menyiapkan sepersalinan kain tenun, penenun perlu menggunakan alatan yang telah disediakan khas.
Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan peralatan menenun yang sering digunakan oleh penenun.
1) Anak kayu
Kegunaannya sebagai pemisah kepada benang yang digulung pada papan gulung di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain.
2) Belebas
Dikenali sebagal belira untuk menyekat persilangan X pada benang loseng supaya tidak bercampur atau kusut.
3) Gerup Belebas
Tempat dipasang sisir (pada perkakas tenun).
4) Gigi Jentera
Untuk merapatkan ‘daging’ kain.
5) Irek-irek
Tempat pemijak kaki.
6) Karap
Dibuat daripada benang buku nombor 8
7) Kayu dan Tali Perengang
Sejenis kayu dan tali yang digunakan dalam tenunan
8) Kayu Pasak
Ia digunakan untuk menggulung kain yang telah siap ditenun sebelum dipotong kepada helaian yang ditentukan.
9) Kayu Sumbi
Kayu kecil sebesar ibu jari dan panjangnya lebih kurang 1.22 m / l.52 m (4 hingga 5 kaki), bergantung kepada lebarnya kain yang hendak ditenun. Pada kedua-dua hujungnya diletakkan jarum yang membengkok ke dalam supaya ketegangan kain dapat dikawal.
10) Ketapak
Tempat meletakkan daun ruwing atau pemegang daun ruwing.
Baca juga
Cara menarik minat pelajar dalami seni tenunan, Cikgu Nadia kongsi 5 kaedah mudah!
“Jauh lagi ke Kudat bang? Lagi 70 kilometer?” – Cikgu Khairul Azman ke Sabah demi tabur bakti!
11) Lidi-lidi Buluh
Diperbuat daripada buluh yang diraut sebesar lidi kelapa. Ia menjadi pembahagi kepada lapisan benang loseng yang digulung pada papan. Selain itu, lidi-lidi buluh ini digunakan sebagai pemisah di antara sehelai kain yang telah siap ditenun dan apabila hendak memulakan proses menenun yang baru.
12) Loseng
Kayu penggulung benang yang dikenali sebagal 'pakal sutera'
13) Papan Duduk
Tempat duduk penenun semasa melakukan proses menenun.
14) Papan Gulung
Menggulung benang yang telah di 'ani' dan direntang bagi membuang kusut.
15) Papan Lilit
Digunakan bagi menyusun corak benang loseng dan menentukan ukuran benang yang hendak ditenun.
16) Peleting Buluh
Digunakan untuk proses menerau iaitu proses menggulung bagi menentukan banyaknya benang.
17) Peleting Besi
Digunakan sewaktu mengani dan memasukan benang ke dalam torak.
18) Pemetik
Kawat di mana peleting disangkutkan dengan menggunakan tali kelapa, kemudian benang ditarik papan lilit.
19) Pengait
Alat yang diperbuat daripada tanduk atau buluh. Bentuknya seperti anak panah dibelah. Digunakan sebagai pengait untuk menarik benang loseng ke dalam karap dan gigi jentera.
20) Pesa (Pese)
Seakan kayu pasak.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
21) Rahat
Alat ini digunakan semasa menggulung benang dari daun ruwing kepada peleting.
22) Ruwing
Tempat meletakkan benang asal yang bergulung besar sebelum digulung kepada peleting.
23) Sesikat
Diperbuat daripada besi nipis atau pelepah kabung yang disusun rapat seperti sikat. Fungsinya merapatkan dan mengemaskan jalinan benang apabila dilancarkan. Ia juga dikenali sebagai gigi jentera.
24) Tiang Pasong
Kayu pemegang papan gulung.
25) Torak buluh
Untuk melancarkan benang ke dalam loseng supaya proses torak kayu menenun dapat dipercepatkan.
26) Kayu kek (kiak)
Kek atau kiak adalah mekanisma terpenting dalam proses menenun sutera. Setakat ini terdapat hanya dua jenis kek yang digunakan oleh para penenun iaitu:
1) Kek Siam
Ukurannya agak besar dan lebih tinggi berbanding dengan kek biasa
2) Kek biasa
Kek yang lebih kecil dan rendah. Para penenun songket lebih menggemari kek biasa ini kerana penggunaannya lebih praktikal. Bagaimanapun kedua-dua jenis kayu kek ini masih digunakan oleh para penenun di Pulau Keladi, Pekan.
Sumber: pancapersada.blogspot.com