Screenshot 2022-01-24 171922
Screenshot 2022-01-24 171922

6 kepentingan portal pekerjaan kepada bakal graduan

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
24 Jan 2022 07:39pm

Dasawarsa ini, ramai siswazah yang menganggur sejurus tamat pengajian dari institut pengajian tinggi (IPT) akibat daripada pandemik Covid-19.

Namun ada juga yang tidak bekerja lagi atas alasan sukar mendapatkan pekerjaan sesuai dengan pengkhususan yang dipelajari ketika di universiti.

Sebenarnya, selagi mana kita berusaha dan tiada alasan pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Baca juga: Cabaran kerjaya ahli zoologi

Baca juga: Juru X-ray: Kerjaya diperlukan, Kolej Vision tawar program Diploma Pengimejan Perubatan

Pada zaman moden kini, kita perlu maju seiring dengan teknologi yang ada.

Untuk entri kali ini, GPSBestari ingin berkongsi tentang enam kepentingan portal pekerjaan kepada pelajar IPT sebelum menamatkan semester akhir di kampus.

1. Memudahkan urusan mencari kerja

Portal pekerjaan memudahkan urusan mencari kerja kerana semuanya berada di hujung jari.

Kini, pelajar IPT boleh merujuk pada paparan iklan kerja kosong di surat khabar atau memohon kerja secara atas talian kerana lowongan kerja itu sentiasa ada dan tidak pernah putus!

Urusan mencari kerja sekarang boleh didapati dalam portal pekerjaan terkemuka seperti LinkedIn, Malaysia Indeed, MYFutureJobs dan banyak lagi.

MYFutureJobs merupakan portal pekerjaan negara.

2. Menjimatkan masa

Umumnya, kita memang sedia maklum bahawa pelajar IPT yang berada di semester akhir agak sibuk dengan laporan akademik yang perlu dihantar kepada penyelia masing-masing.

Kewujudan portal pekerjaan ini sangat berguna untuk menjimatkan masa terutama mereka yang sibuk.

Oleh itu, memohon kerja di portal pekerjaan menjimatkan masa siswazah.

3. Menjimatkan kos

Umumnya, penuntut IPT yang masih 'fresh graduate' kebiasaanya tidak mempunyai simpanan kewangan.

Kadang kala, ada yang duduk di perantauan sanggup datang ke kota semata-mata untuk mencari kerja.

Apabila anda mempunyai akaun bagi mana-mana portal pekerjaan, maka anda boleh menjimatkan kos untuk pergi ke temu duga atau ke langkah seterusnya.

3. Mudah akses

Portal pekerjaan juga mudah akses bagi semua orang, terutama bagi penuntut IPT yang pastinya semuanya celik IT dan mempunyai telefon bimbit.

Dengan hanya telefon bimbit anda juga boleh melayari portal-portal ini.  Cukup mudah.

4. Lebih tepat

Maklumat kerja kosong di portal-portal pekerjaan yang dipercayai kebiasaannya lebih tepat dan selamat.

Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang maklumat kerja kosong asalkan memilih yang betul-betul anda percayai.  Boleh buat rujukan terlebih dahulu.

5. Portal ini bonus jika anda pemalu!

Memang tidak dapat dinafikan, manusia ini bermacam ragam kerana ada yang pemalu, pendiam dan juga kurang bersosial.

Walau bagaimanapun, karakter ini boleh dibentuk dan semua orang layak untuk diberi peluang menghadiri temu duga.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

6. Banyak peluang pekerjaan

Ramai siswazah tidak tahu bahawa portal pekerjaan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Cuma anda perlu rajin membuat carian di internet.

Semoga perkongsian ini membantu anda mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang anda belajar selama ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp