Screenshot (15)
Screenshot (15)

Program MySTEP terbukti mampu tingkatkan kebolehpasaran graduan di alam pekerjaan era digital

Adlan Farhan Azwan
02 Dec 2021 05:03pm
A
A
A

Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia 2021 (MySTEP 2021) yang diperkenal oleh Kementerian Kewangan tahun lalu terbukti mampu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan.

Kerjasama erat di antara General Assembly Malaysia (GA), Pilihan Wibawa (PW) dan juga Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah membuahkan hasil apabila hampir 50 peratus daripada graduan yang menyertai program kali ini sudah mendapat pekerjaan tetap.

Seramai 500 graduan telah memanfaatkan Program MySTEP dengan kemahiran dalam analisis data, reka bentuk pengalaman pengguna, pemasaran digital dan pengekodan yang akan membantu mereka untuk mengadaptasi dan berjaya dalam era digital yang bergerak pantas.

Kesemua 500 graduan yang menyertai program tersebut diraikan pada hari ini bagi majlis graduasi secara maya selepas melalui latihan peningkatan kemahiran digital selama 12 minggu.

Antara graduan yang menyertai Program MySTEP 2021

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengurusan Modal Insan Strategik Khazanah, Latifah Daud berkata, para peserta program ini telah berjaya memperoleh jawatan dalam pelbagai industri, merangkumi firma audit dan syarikat teknologi besar hinggalah perusahaan dalam bidang kejuruteraan dan pemasaran.

“Sehingga kini, Khazanah telah mengkoordinasikan bersama rakannya untuk melatih dan meningkatkan kebolehpasaran 6,000 belia Malaysia dalam menyokong MySTEP 2021,” ulas beliau.

Selain itu, GA berpengalaman dalam menyediakan latihan kemahiran dalam analisis data, reka bentuk pengalaman pengguna, pemasaran digital dan pengekodan yang terbukti diperlukan oleh kebanyakan majikan selari dengan perkembangan era digital masa kini.

Pengarah GA Malaysia, Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berkata, GA akan terus berusaha dalam memastikan keperluan peserta akan dapat dipenuhi mengikut keperluan yang berbeza ketika majlis tersebut.

Beliau juga turut meluahkan kebimbangan terhadap pekerja di Malaysia yang mana hampir 33 peratus daripada keseluruhan jumlah pekerja akan terkesan dengan perkembangan era digital pada masa akan datang.

“Walaubagaimanapun, pada hari ini kita akan menyambut bukti bahawa tenaga kerja yang ada di Malaysia mampu bergerak seiring dengan era pendigitalan walaupun sedang dilanda pandemik,” kata beliau.

MySTEP adalah inisiatif kerajaan bernilai RM700 juta seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 yang membolehkan para pemohon mendapat pekerjaan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta GLC secara kontrak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok