Lain dari yang lain..memang terbaiklah SMK Kinarut, Papar
Lain dari yang lain..memang terbaiklah SMK Kinarut, Papar

Lain dari yang lain..memang terbaiklah SMK Kinarut, Papar

webadmin
31 Dec 2020 01:28am
A
A
A

PAPAR - Jika sekolah lain memilih satu tarikh untuk menganjurkan sambutan hari raya, tetapi ia tidak berlaku pada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut, Papar, Sabah.

Bagi sekolah ini, program raya yang dikenali Program Silaturahim Aidilfitri berlangsung secara berterusan pada Jun dan Julai 2018.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Norazri Mat Piah berkata, beberapa majlis telah berlangsung dengan jayanya sepanjang program Silaturahim Aidilfitri.

Barisan pentadbir sekolah yang diketahui Zamharir (tiga, kanan).

"Antara programnya, Amanah Aidilfitri oleh pengetua baharu, Zamharir Ahmad dan penyampaian sumbangan Aidilfitri untuk pekerja pembersihan dan keselamatan pada 8 Jun.

"Kemudian pada 30 Jun, diadakan jamuan Aidilfitri dan keamatan asrama sekolah. Akan datang, iaitu pada 14 Julai nanti, dilangsungkan sambutan hari guru dan Aidilfitri SMK Kinarut," katanya.

Penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada pekerja di sekolah.

Norazri berkata, program adalah anjuran Kelab warga SMK Kinarut dan objektifnya mengeratkan hubungan guru, kakitangan dan pelajar sekolah.

"Saya harap, melalui program sebegini, hubungan erat antara pelbagai kaum dan agama diperkukuhkan walaupun tidak perlu melibatkan kos peruntukan besar dalam penganjurannya," katanya.

Sambutan Aidilfitri dan Keamatan Asrama SMK Kinarut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok