3
3

Langkah mudah buka akaun ASNB untuk remaja bawah 18 tahun

Rasyidah Zulkifi
21 Jan 2022 01:07pm
A
A
A

Simpanan kewangan pada masa muda inilah yang akan menjamin hari tua kita nanti.

Bak kata pepatah untuk menyimpan duit boleh dimulakan dengan kadar sedikit-sedikit maka lama-kelamaan akan menjadi bukit.

Kalau kita bimbang simpanan tabung di rumah dicuri orang, alternatif yang terbaik adalah melabur simpanan tersebut dalam akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Tahukah adik-adik untuk membuka akaun ASNB bagi remaja bawah umur boleh dilakukan dengan bimbingan ibu bapa atau penjaga?

Baca juga: Risau dengan pengurusan wang oleh anak? Ikuti 7 tip ajar anak supaya suka menabung

Baca juga: 150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik selesai diagih – Radzi

Tabung unit amanah yang dimaksudkan ini adalah akaun remaja atau akaun bijak.

Apa yang adik-adik perlu lakukan hanyalah mengikuti beberapa langka. Proses untuk membuka akaun baru ini juga memakan masa singkat sahaja.

Selepas itu adik-adik bawah 18 tahun bolehlah melabur secara individu dalam ASNB terhad kepada RM50,000 ataupun jika pelaburan sudah meningkat boleh melabur sehingga RM200,000.

Daftar di pejabat pos

Langkah permulaannya, adik-adik boleh pergi ke pejabat pos yang terdekat untuk membuat urus niaga ini.

Pembukaan akaun ASNB boleh dibuka dimana-mana cawangan Pejabat Pos (Gambar Hiasan)

Sebelum itu, adik-adik perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga supaya urusan pendaftaran akaun menjadi lebih mudah.

Sediakan dokumen asal dan dokumen salinan

Dokumen asal yang perlu dibawa adalah kad pengenalan (IC)diri sendiri, ibu bapa, penjaga dan surat beranak.

Selepas itu, dokumen asal seperti yang dinyatakan di atas perlu dibuat satu (1) salinan masing-masing untuk diserahkan kepada pegawai khidmat pelanggan di pejabat pos.

Kemudian, bolehlah kalian bersama penjaga pergi ke pejabat pos.

Patuhi SOP

Memandangkan kita berada pada wabak penyakit Covid-19, adik-adik perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di pejabat pos.

Apabila sudah sampai, ibu bapa atau penjaga boleh mengambil nombor giliran untuk berurusan di cawangan ASNB tersebut.

Isi borang seperti yang diberi

Borang pembukaan akaun ASNB boleh didapati di cawangan ASNB atau di ejen-ejen ASNB.

Apabila nombor giliran sudah sampai, pegawai khidmat pelanggan pejabat pos akan memberikan adik-adik borang yang perlu diisi.

Sebaiknya, biarlah ibu bapa yang isikan kerana mereka lebih arif.

Pendaftaran serendah RM10

Selepas mengisi borang tersebut untuk membuka akaun dikenakan kemasukan wang serendah RM10.

Setelah siap mengisi borang tersebut berserta duit buka akaun, jangan lupa serahkan dokumen asal dan dokumen salinan kepada pegawai yang bertugas.

Untuk proses ini, adik-adik dan penjaga perlu menunggu sebentar sebelum menandatangani borang ASNB dan berserta cap jari.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Kemudian selesai!

Itu sahaja langkah mudah yang diperlukan untuk membuka akaun ASNB bagi Gen Alpha dan Gen Z.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok