Lawan rasa malas belajar di rumah, anda boleh ikuti lima tip mudah ini
Lawan rasa malas belajar di rumah, anda boleh ikuti lima tip mudah ini

Lawan rasa malas belajar di rumah, anda boleh ikuti lima tip mudah ini

webadmin
15 Feb 2021 04:34am
A
A
A

Gambar : Andrea Piacquadio daripada Pexels

Lawan rasa malas belajar di rumah, anda boleh ikuti lima tip mudah ini

Sudah berapa bulan anda belajar di rumah? Sudah mula berasa bosan dan malas untuk belajar? Ikuti lima langkah berikut, agar rasa lebih bersemangat.

1. Cari sahabat belajar bersama

Tidak dinafikan, belajar dengan gajet setiap hari akan membuatkan anda berasa bosan dan malas. Diri mula rasa tidak bersemangat, tidak produktif, dan juga malas. Bagi mengelakkan ia berterusan berlaku, cuba cari kawan yang tinggal dekat, ajak kawan anda itu belajar bersama. Hari ini di rumahnya, besok giliran di rumah anda pula. Dengan cara ini anda akan rasa semangat kembali.

2. Buat jadual belajar sesuai kemampuan

Belajar dari rumah memang nampak santai, tapi sebenarnya banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Bagi memudahkan anda, apa kata buat jadual belajar sendiri, namun sesuai dengan kemampuan.  Tentukan target harian dan masa belajar setiap hari.

3. Cuba kemampuan secara berkala

Membaca sahaja tidak cukup untuk anda memahami pelajaran. Untuk menguji tahap kemampuan anda, lakukan banyak latihan yang berkaitan. Dapatkan nasihat guru atau kawan-kawan, jika anda musykil dan tidak faham dengan fakta yang sedang baca itu.

4.Grup belajar online

Rindu nak berbual dengan kawan-kawan? Untuk ubati rasa rindu itu, anda boleh cipta grup belajar dengan mereka. Sambil berbual, anda boleh berbincang tentang subjek yang anda tidak faham.

5.Hobi yang menarik

Sebagai ‘reward’ selepas selesai belajar, lakukan hobi yang anda paling suka. Misalnya melukis, menyanyi, memasak, menjahit, dan banyak lagi aktiviti ‘fun’ yang menarik.

Sumber: RuangGuru.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok