Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah bakal dibangunkan. Gabung elemen tahfiz, sains dan teknikal
Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah bakal dibangunkan. Gabung elemen tahfiz, sains dan teknikal

Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah bakal dibangunkan. Gabung elemen tahfiz, sains dan teknikal

webadmin
17 Mar 2021 02:31am
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah ma­ahad tahfiz yang menggabungkan elemen tahfiz, sains dan teknikal akan dibangunkan di negeri Kedah bagi mengembalikan kecemerlangan pendidikan agama di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, maahad tahfiz yang dinamakan Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah itu menjadi projek perintis di Sik sebelum diperluas ke daerah lain.

Menurutnya, ia bakal menggunakan model Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim namun dengan sedikit pengubahsuaian.

“Kita perluaskan bidang vokasional. Perbincangan bersama Kementerian Sumber Ma­nusia telah diadakan untuk mereka terlibat sama dalam program ini su­sulan terdapat peruntukan dana la­tihan vo­kasional,” ka­tanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pe­lan Pem­bangunan Kedah 2035 sem­pena 100 hari pen­tadbiran Kedah Sejahtera di Seri Mentaloon di sini semalam.

Muhammad Sanusi berkata, daerah Sik dan Kulim akan menjadi hab pe­ngajian tahfiz dan akan diperluaskan mengikut keperluan.

“Berdasarkan ke­perluan semasa, kita gabungkan aspek teknikal. Pu­­sat tahfiz ini akan menjadi pe­­nyambung ke­pada Uni­ver­siti Islam An­tarabangsa Sul­­tan Abdul Ha­­lim Mu’ad­zam Shah (UNISHAM) pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas sama ada kerajaan negeri akan meneruskan perancangan awal membangunkan Pulau Tuba sebagai hab pusat tahfiz seperti dicetuskan Menteri Besar Kedah terdahulu, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 2011, beliau berkata, ia perlu disesuaikan dengan keperluan masa kini.

“Saya difahamkan ada pihak swasta bercadang bangunkan tapak tersebut. Jika benar, saya bersedia memberikan sokongan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri juga akan men­trans­formasikan pengurusan sekolah pondok dan maahad tahfiz di negeri itu agar lebih teratur.

“Pondok pengajian agama di negeri kita sangat terkenal dan disegani sehingga menarik pelajar daripada luar negara. Namun, fasiliti dan pe­ngurusan pondok dan maahad tahfiz tidak se­padan dengan namanya,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok