Mahasiswa UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian
Mahasiswa UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

Mahasiswa UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

webadmin
16 Feb 2021 02:54pm
A
A
A

KUALA NERUS - Meskipun diuji dengan pandemik Covid-19, ia bukan penghalang bagi mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menganjurkan pameran ‘Exceed 2021’ Degree Show, baru-baru ini.

Pengarah program, Mohamad Iskandar Prastio @ Basiran, berkata, jika sebelum ini penuntut tahun akhir akan mengadakan pameran itu secara fizikal, tapi buat julung kalinya mereka terpaksa menganjurkan secara alam maya dalam talian.

“Saya merasa begitu teruja dan bangga kerana dapat menganjurkan program yang bermula sejak tahun 2010 ini biarpun secara alam maya pada kali ini.

“Kami tetap teruskan pameran ini kerana ia  dapat menonjolkan kreativiti dan inovasi hasil karya siswa di platform yang disediakan khas bagi tatapan umum,” katanya pada majlis Perasmian Exceed 2021 menerusi Platform Webex.

Majlis perasmian secara maya itu disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Mohd Afandi Salleh.

Iskandar berkata, siswa dapat mempromosikan bakat kepada sasaran pengunjung seperti pengiat industri pemilik syarikat dan pencari bakat melalui pameran itu.

Sementara itu, Datuk Rasol dalam ucapannya, memuji usaha penuntut UniSZA kerana berani mencabar diri dengan memaparkan hasil dari idea yang kreatif dan kritis kepada khayalak.

Beliau berkata, idea-idea rekaan yang dihasilkan mahasiswa itu adalah aset kepada universiti dan perlu didaftarkan sebagai harta intelek melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO.

“Ini supaya hasil ciptaan mereka tidak diulang cetak, diciplak, mahupun ditiru pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan secara mudah.

“Ini dapat memastikan agar siswa atau pereka bentuk perindustrian mempunyai hak ekslusif atas ciptaan mereka sendiri,” katanya pada majlis berkenaan.

Dengan bertemakan Reka Bentuk Islamik, pameran selama tiga hari itu akan memaparkan hasil ciptaan siswa yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu perabot, produk dan automotive.

Hasil karya mereka itu dihasilkan dalam bentuk digital 3D dan dipamerkan didalam Virtual Gallery yang boleh diakses secara interaktif menggunakan peranti Virtual Reality dan media sosial.

Sumber: Portal UniSZA

Artikel menarik

Cikgu Samsuri guna cara sendiri habiskan sukatan pelajaran, tak sangka ini yang berlaku...

Tarikh peperiksaan SPM semakin hampir, Cikgu Surihani berkongsi 8 tip bermanfaat untuk panduan calon


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok