logan-isbell-F5b7_OD4IMA-unsplash (1)
logan-isbell-F5b7_OD4IMA-unsplash (1)

Mahu jadi pelajar cemerlang? Jom ikuti tip Dr Fadzilah Kamsah ini

Mohd Khairi Mohamad Yusri
20 Sep 2021 03:46pm
A
A
A

Menjadi pelajar cemerlang sememangnya impian semua pelajar, namun ia hanya dapat dicapai sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Untuk itu, hari ini GPSBestari akan berkongsi beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang yang dikongsikan oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Menurut beliau, pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

  • Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 10 peratus apa yang dibaca
  • kita ingat 20 peratus apa yang didengar
  • kita ingat 50 peratus apa yang didengar dan dilihat
  • kita ingat 70 peratus apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90 peratus setelah dipraktikkan

    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensel ditangan.

    4. Belajar tiga jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

    5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

  • Pastikan cahaya adalah terang
  • Kurangkan gangguan bunyi
  • Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • Kerusi dan meja menghadap kiblat
  • Jangan lupa untuk senyum

    6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota daripada rakan.

    7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

    8. Tahu teknik merangsang memori.
  • Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • Mengingat kembali (recall)
  • Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

    9. Sentiasa awal dan mendahului.
  • Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau dua kali sebelum guru mengajar.

    10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

    11. Mempunyai teknik membaca yang betul:

  • Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
  • Memberikan tumpuan sepenuhnya
  • Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

    12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

    13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulang kaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

    14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

    15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulang kaji.

    16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas membaca Al-Quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.

    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80 peratus selepas belajar).

    18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

    21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

    22. Tahu petua mengulang kaji:

  • Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • Siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
  • Duduk tegak dikerusi yang selesa
  • Baca doa penerang hati
  • Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • Fikir dan ingat kembali isi utama
  • Catat/lakar
  • Semak semula ketepatan maklumat
  • Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • Buat rumusan
  • Jawab soalan
  • Tampal maklumat yang rumit di dinding
  • Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa.

  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan makan organ dalaman
  • Jangan minum semasa makan
  • Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • Jangan melihat kemaluan
  • Membanyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • Membanyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • Membanyakkan makan kekacang
  • Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • Jangan kencing berdiri

    25. Tahu kemahiran mengingat.

  • Tampal nota-nota penting di dinding
  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Gunakan kaedah akronim
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

    26. Cekap mengatur jadual belajar

  • Mempunyai jadual belajar
  • Patuh kepada jadual
  • Buat jadual yang boleh diikuti

    27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

    28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian daripada orang yang lebih arif.

    29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

    30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

    31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

    32. Pelbagaikan tempat belajar.

  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
  • Tanya guru apabila tidak faham
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

    Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • Taat kepada Allah
  • Mendirikan sembahyang
  • Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • Hormati dan sayangi guru
  • Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan
  • Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • Membantu rakan yang memerlukan
  • Berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • Sentiasa bertawakal
  • Mahir dalam setiap mata pelajaran

    Sumber: madeinuitm

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok