Mahu menjadi Pakar Bedah? Ini 7 gabungan yang perlu pelajar ada
Mahu menjadi Pakar Bedah? Ini 7 gabungan yang perlu pelajar ada

Mahu menjadi Pakar Bedah? Ini 7 gabungan yang perlu pelajar ada

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
12 Jun 2022 07:10pm

Kerjaya sebagai Pakar Bedah sangat mencabar dan kompleks.

Sekiranya para pelajar tidak mempunyai keperibadian yang sesuai untuk menceburi kerjaya ini, mungkin anda boleh memilih bidang lain yang lebih bersesuaian dengan diri.

Apa itu Pakar Bedah?

Pakar Bedah ialah seorang doktor yang dilatih untuk melakukan prosedur pembedahan.

Ia adalah profesion yang menuntut ketangkasan manual yang luar biasa dan kemahiran motor halus untuk menjalankan teknik yang diperlukan bagi menyiasat penyakit, membaiki atau membuang tisu yang rosak, memperbaiki fungsi, penampilan organ atau bahagian badan.

Kemahiran yang dimiliki oleh Pakar Bedah dapat memberi impak besar kepada kesihatan komuniti secara umum.

Bagaimanapun, menjadi seorang Pakar Bedah bukanlah semudah yang disangka.

Seseorang pelajar perlu mempunyai kemahiran dan kualiti tertentu dalam meneruskan kerjaya ini dengan sempurna.

Apakah kemahiran dan kualiti yang dimaksudkan itu? Jom kita lihat gabungan kedua-duanya.

1) Pengetahuan khusus untuk mengdiagnosis keadaan pesakit.

2) Kemahiran berkomunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan pasukan perubatan, pesakit dan keluarga mereka. Kemahiran ini amat penting kerana keupayaan mendengar dan keprihatinan terhadap pesakit dapat mempengaruhi kecemerlangan kerjaya anda. Ia juga penting untuk mendapatkan kepercayaan dan kerjasama dari semua pihak.

3) Minda dan sikap yang positif serta bersemangat tinggi kerana anda mungkin menghadapi kes-kes pembedahan yang rumit atau keadaan kerja yang tertekan.

4) Ketangkasan anggota badan terutamanya tangan dan kesihatan fizikal untuk melakukan operasi pembedahan.

5) Pengalaman luas dalam rawatan pra-operasi dan pasca operasi pembedahan.

6) Sikap bertanggungjawab, komitmen dan dedikasi dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.

7) Ketahanan emosi dan kesihatan mental yang baik.

Artikel berkaitan 

Kemahiran sukan mampu bentuk jati diri anak, bukan sekadar menjadi atlet

Tutorial anyaman ketupat kertas, latih kemahiran tangan murid pendidikan khas

3 kemahiran yang perlu ada jika memilih kulinari sebagai kerjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp