salman-hossain-saif-IHYoOsWkufQ-unsplash
salman-hossain-saif-IHYoOsWkufQ-unsplash

Kemahiran sukan mampu bentuk jati diri anak, bukan sekadar menjadi atlet

Adlan Farhan Azwan
10 Jun 2022 11:47am
A
A
A

Selain cemerlang dalam bidang akademik, kanak-kanak juga perlu kekal aktif dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis kemahiran sukan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang tinggi, mampu melaksanakan proses pembelajaran dengan lebih efektif.

Oleh itu, ibu bapa terutamanya yang masih mempunyai anak di sekolah perlu menitikberatkan aspek ini dalam kehidupan mereka.

Kini, kita boleh lihat ramai ibu bapa sudah mula menghantar anak-anak ke akademi dan kelas kemahiran sukan seperti badminton, renang, bola sepak dan taekwondo pada hujung minggu.

Tidak dinafikan, bukan semua orang mampu menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas-kelas ini disebabkan kos yuran dan juga kelengkapan yang mahal.

Namun, ia merupakan satu pelaburan buat anak-anak mereka yang pasti akan mendatangkan ‘pulangan’ pada masa akan datang.

Perkataan pulangan yang digunakan dalam konteks ini bukanlah bermaksud wang ringgit, ia bermaksud kemenjadian anak-anak di kemudian hari.

Bukan semua ibu bapa yang telah menghabiskan wang ringgit, tenaga dan masa inginkan anak mereka menjadi seorang atlet bertaraf dunia sehingga mampu bertanding di peringkat antarabangsa.

Kebanyakannya mahu agar anak-anak dilengkapi dengan kemahiran bersukan sekali gus mampu membentuk jati diri dalam diri anak-anak mereka.

Oleh itu, Sinar Bestari ingin berkongsi dengan ibu bapa di luar sana mengenai 10 kebaikan apabila ibu bapa menyokong serta melabur dalam minat sukan anak-anak.

1. Terapkan disiplin, fokus, dan berdedikasi dalam pilihan hidup.

2. Melatih menjaga diri dan peralatan sukan.

3. Belajar untuk bekerjasama dengan menjadi rakan sepasukan yang bagus.

4. Belajar untuk terima kekalahan dan merendah diri apabila peroleh kemenangan.

5. Tetap gigih berlatih dan berikan yang terbaik meskipun gagal di medan pertandingan.

6. Tetapkan matlamat dan berusaha mencapainya.

7. Tanamkan sifat hormat-menghormati.

8. Fahami keperitan dan kepayahan dalam melakar sesuatu kejayaan.

9. Hargai segala pencapaian sama ada kecil atau besar.

10. Beri peluang kepada anak anak untuk mencipta kawan-kawan, memori indah, dan berbangga dengan kejayaan mereka.

Pendek kata, ibu bapa tidak membayar untuk anak menjadi atlet, tetapi membayar peluang yang sukan mampu berikan dalam memajukan diri anak-anak.

Artikel berkaitan

Kueggen harumkan nama UM dan negara dalam sukan karate. Tahniah!

Bola jaring sukan untuk semua, aktiviti riadah yang turut dimainkan golongan lelaki

5 sikap menjadikan anda seorang pemain badminton yang hebat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok