photo6100361687002624016
photo6100361687002624016

Makin menyerlah dalam bidang robotik, Ustaz Ismail sasar kejayaan berganda pada masa akan datang

Roshlawaty Md Raieh
29 Nov 2021 03:35pm
A
A
A

Baru tiga tahun Guru Cemerlang Hifz al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah ini melibatkan diri dalam bidang robotik.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai pencapaian luar biasa telah diraih oleh guru ini pada peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Dikenali sebagai Ustaz Ismail Salleh, beliau berkata, kejayaannya dalam robotik bukanlah menerusi pembabitan dirinya sahaja, sebaliknya ia diraih dengan kerjasama antara guru dan para pelajar.

“Saya bersyukur kerana warga SMKA Kedah sangat berbakat dan kreatif dalam menghasilkan inovasi robotik.

“Idea mereka memang bagus dan mampu melangkah dengan lebih jauh jika diberi peluang oleh pihak tertentu,” katanya kepada GPSBestari.

Guru kelahiran Pedu, Kuala Nerang, Kedah, ini berkata, bidang robotik berpotensi besar untuk berkembang pada masa akan datang.

“Saya merasakan sudah tiba masanya untuk semua guru dan juga ibu bapa menggalakkan pelajar dan anak masing-masing untuk terlibat dalam bidang ini.

“Jika masih ‘ragu-ragu’, jangan bimbang...ibu ayah boleh datang ke sekolah dan berjumpa dengan cikgu serta minta mereka terangkan kepentingan dan keistimewaan dunia robotik ini.

“Saya yakin, setiap sekolah pastinya mempunyai barisan pelajar yang sangat hebat dalam menghasilkan inovasi robotik mereka,” ujarnya.

Baca juga Elak buli, ini 7 teknik pertahankan diri yang wajib pelajar ketahui

Baca juga 5P yang diperlukan bagi mendidik kanak-kanak pendidikan khas

Terdahulu, aplikasi Hafazan Smart al-Quran Memorization (SMART AL-Q) yang pernah dihasilkan Ustaz Ismail telah meraih lapan pingat emas sejak dibangunkan pada 2019.

SMART AL-Q adalah aplikasi yang menggunakan Adobe Flash CS6 dengan Action Script 3.0 dan mengintegrasikan Model ADDIE dan teori pembelajaran al-Qabisi (1955) dalam pembangunannya.

Ia berkonsepkan pembelajaran menggunakan pancaindera seperti visual, auditori dan kinestetik.

“Saya bersyukur kerana SMART AL-Q telah mendapat pelbagai pengiktirafan. Insya-ALLAH, aplikasi ini dapat ditambah nilai lagi dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Di sini, GPSBestari senaraikan beberapa pencapaian Ustaz Ismail dalam bidang robotik, sama ada secara individu mahupun bersama Kelab Robotik sekolah.

Sesi latihan sebelum pertandingan.

Tahap Pendidikan:

1) Ijazah Sarjana Muda Qiraat Al-Azhar Mesir 2008

2) Ijazah Sarjana Pendidikan UUM Sintok 2019

3) Calon Doktor Pendidikan UUM Sintok 2020 hingga sekarang

Pencapaian Ustaz Ismail:

1) Pingat emas dan 3 teratas dalam International Learning Innovation Competition PIP 2019, UUM (peringkat antarabangsa)

2) Pingat emas, Innovative Research Invention and Application Exhibition, IRIA 2019, UUM (peringkat antarabangsa)

3) Pingat emas, International Industrial Revolution 4.0 Exposition, IREX 2019, UiTM Merbok (peringkat antarabangsa)

4) Pingat emas International EUREKA Innovation Exhibition iEIE2019, UniKL MSI (peringkat antarabangsa)

5) Pingat emas International University Carnival on e-learning IUCEL 2021, UTLC UUM (peringkat antarabangsa)

Pelajar robotik SMKA Kedah pada Pertandingan Robotik Kebangsaan 2019.

6) Pingat emas Darul Aman Innovation Competition National Level, IPG Darul Aman Campus 2019

7) Pingat emas dan Anugerah Inovasi Terbaik, UiTM Penang ICT Day (HICT) Competition 2019 (peringkat kebangsaan)

8) Pingat emas National Innovation and Invention Competition Through Exhibition iCOMPEX 2020 Polimas (peringkat kebangsaan)

9) Anugerah Khas Inovasi terbaik MyRIS 2019

10) Anugerah Khas Inovasi Terbaik I-ENVEX UniMAP 2019

11) Pingat emas Make X Robotic Competition 2019 (peringkat kebangsaan)

12) Pingat emas National Robotic Competition State Level 2019

13) Pingat perak SIRIM Invention,Innovation and Technology Expo (Si2TE) 2019

14) Pingat emas Teaching and Learning Poster Ideas (TALPi 2021) UiTM Perlis 2021

15) Anugerah perak International Innovation, Creativity and Technology Exhibition (i2create) 2021

16) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014

17) Anugerah Pengurusan j-QAF Terbaik Negeri Selangor 2014

18) Anugerah Guru Inovatif Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar 2021

19) APC 2019

20) Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Kedah 2021

21) Finalis Anugerah Khas Guru Inovasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2021

22) Malaysian Research & Innovation Society (MyRIS) Innovation Mentor Award, UNIMAP 2021

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Pencapaian Kelab Robotik SMKA Agama Kedah: 

1) Pingat emas Make X Robotic Competition peringkat kebangsaan 2019, UKM

2) Pingat gangsa kategori Rokkie Upper National Robotic Competition Nrc2019 peringkat kebangsaan

3) Pingat emas kategori Rokkie Upper National Robotic Competition peringkat negeri Kedah 2019

4) Pingat perak kategori Rokkie Upper National Robotic Competition peringkat negeri Kedah 2019

5) Pingat gangsa kategori Stem National Robotic Competition 2019

6) Pingat gangsa kategori Rokkie Lower National Robotic Competition 2019 peringkat negeri.

7) Mewakili Malaysia ke pertandingan RVG NRC di Panama 2021.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok