hafizh-syahrin
hafizh-syahrin

Membanggakan! Kisah ikon permotoran negara, Hafizh Syahrin dimasukkan ke dalam buku teks

Adlan Farhan Azwan
26 May 2022 03:37pm
A
A
A

Hafizh Syahrin merupakan pelumba MotoGP negara yang telah berjaya menempa nama di persada dunia.

Beliau mencipta sejarah apabila berjaya menjadi pelumba pertama negara yang berjaya ke kelas MotoGP malah yang pertama di Asia Tenggara untuk ke MotoGP.

Di samping memenangi pelbagai jenis perlumbaan dan memperoleh beberapa gelaran, kisah kehidupan beliau juga patut dijadikan inspirasi kerana telah dimasukkan dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat.

Sering kali kita hanya melihat ikon-ikon negara seperti angkasawan, pemain badminton dan penyanyi yang disanjung dan seterusnya memberi inspirasi kepada masyarakat.

Ia merupakan sesuatu kebanggaan terutamanya kepada peminat sukan permotoran negara yang sememangnya mula mendapat tempat dalam kalangan remaja dan dewasa pada hari ini.

Hal ini kerana, ia merupakan penanda aras bahawa sukan permotoran tidak lagi dipandang rendah berikutan sering dikaitkan dengan gejala yang membahayakan seperti lumba haram.

Murid-murid yang membaca kisah beliau juga akan mendapat inspirasi untuk menceburi bidang kerjaya dalam arena permotoran sukan negara.

Sebaiknya, sukan permotoran wajar diberikan satu cabang peluang kerjaya sama dengan bidang-bidang profesional lain seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan pendidikan.

Artikel berkaitan

Tamat pengajian sarjana dalam bidang TESL, Najwa Latif teruja mahu bergelar Doktor

Hadiri konvokesyen berbaju Melayu, graduan Harvard bangga jadi anak Malaysia

Ramai ibu bapa daftar anak belajar silat gara-gara Mat Kilau


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok