WhatsApp Image 2021-06-02 at 12.17.39
WhatsApp Image 2021-06-02 at 12.17.39

MSUMC dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin

Nor Azma  Muhamat Laila
11 Jun 2021 05:06pm
A
A
A

SHAH ALAM- MSU Medical Centre (MSUMC), hospital pakar swasta yang terletak di Seksyen 13, di sini dipilih sebagai salah satu daripada 12 hospital swasta untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagai pusat pemberian vaksin (PPV HS) dengan jumlah kapasiti 2,250 dos sehari.

MSUMC berperanan membantu kerajaan meningkatkan bilangan penerima vaksin sehingga 150,000 suntikan sehari dalam tempoh dua bulan akan datang.

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu negara dalam aspek meluaskan akses vaksin kepada komuniti setempat khasnya di Selangor.

MSUMC menjalankan proses pemberian vaksin Covid-19 Sinovac sebanyak 400 dos sehari kepada warga emas berumur 65 tahun dan ke atas.

Selaku PPV HS di Selangor, MSUMC akan menjalankan proses pemberian vaksin Covid-19 Sinovac sebanyak 400 dos sehari kepada warga emas berumur 65 tahun dan ke atas serta mereka yang berisiko tinggi dan orang kelainan upaya (OKU).

Pemberian vaksin fasa ke-2 ini akan berlangsung sehingga Ogos dam selaku PPV HS ini juga adalah kesinambungan kepada penglibatannya dalam pemberian vaksin Covid-19 Pfizer kepada petugas barisan hadapan kesihatan di Selangor yang dilaksanakan pada fasa pertama Mac lalu.

Seorang warga emas menerima vaksin di MSUMC.

 

Menurut Presiden dan Pengasas MSUMC, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, kerjasama pintar di antara pihak awam dan swasta ini adalah penting dan tepat pada masanya dalam menyokong usaha kerajaan untuk mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok di Malaysia.

Katanya, ia turut membolehkan MSUMC berkongsi pelbagai bidang kepakarannya bersama kerajaan dalam usaha menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok