Mudahnya skor A Sejarah SPM! Anda boleh ikuti panduan menjawab kertas soalan berikut
Mudahnya skor A Sejarah SPM! Anda boleh ikuti panduan menjawab kertas soalan berikut

Mudahnya skor A Sejarah SPM! Anda boleh ikuti panduan menjawab kertas soalan berikut

webadmin
25 Nov 2020 05:30am
A
A
A

Mudahnya skor A Sejarah SPM! Anda boleh ikuti panduan menjawab kertas soalan berikut

Perkongsian ini lebih kepada panduan menjawab soalan Sejarah kertas satu, dua dan huraiannya. Semoga panduan-panduan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Malaysia ( SPM ) menjawab kertas Sejarah dengan baik.

Kertas 1

  • Jawab ke semua 40 soalan.

  • Baca soalan sebanyak tiga kali.

  • Bacaan pertama adalah bertujuan memahami soalan.

  • Bacaan kedua bagi mendapatkan jawapan.

  • Bacaan ketiga bertujuan mengesahkan jawapan.

  • Kuasai dan fahami keseluruhan sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5.

  • Fahmai istilah-istilah dan konsep penting yang terdapat dalam buku teks Sejarah.

  • Kuasai semua fakta, huraian fakta berserta contoh bagi setiap bab.

  • Jawab soalan yang mudah diikuti soalan yang sukar.

  • Peruntukan masa untuk menjawab satu soalan objektif ialah 1 minit 20 saat.

Kertas 2

  1. Mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A (sturktur) dan Bahagian B (esei).

  2. Jumlah masa yang diperuntukkan bagi Kertas dua ialah 2 jam 30 minit.

  3. Bahagian A (40 markah): Wajib menjawab semua soalan.

  4. Baca dan fahami kehendak soalan.

  5. Pastikan setiap jawapan adalah ringkas, padat dan tepat serta ayat tidak tergantung supaya mudah difahami pemeriksa.

  6. Bagi soalan KBAT, jawapan perlu dipersembahkan dalam bentuk esei ringkas yang terdiri daripada:

- Fakta

- Huraian

- Huraian lanjutan

- Contoh / Inferens

Kenal pasti kata tugas soalan seperti nyatakan, berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan, jelaskan.

Bahagian B (60 markah):

  • Pilih dan jawab tiga soalan sahaja daripada 7 soalan.

  • Elakkan menjawab semua soalan di Bahagian B, bagi mengelakkan masa menjawab tidak cukup.

  • Jawapan untuk bahagian B adalah dalam bentuk esei lengkap.

  • Perlu diingat, markah yang diperuntukkan ialah:

- 1 fakta ialah 1 markah

- 1 huraian 1 markah

- 1 contoh/inferens 1 markah

  • Jawapan cemerlang perlu mengandungi fakta, huraian, huraian lanjutan, inferens dan penggunaan penanda wacana yang sesuai.

Kertas 3

  • Jawapan mestilah dalam bentuk esei lengkap.

  • Tulis nombor soalan dan markah untuk memudahkan pemeriksa.

  • Elakkan menjawab jawapan dalam bentuk poin.

  • Bawa semua bahan rujukan ke dalam dewan peperiksaan semasa hari peperiksaan.

  • Jawapan cemerlang perlu mengandungi fakta, huraian, huraian lanjutan, inferens dan penggunaan penanda wacana yang sesuai.

     

Buat latih tubi yang efisyen dan berkesan menggunakan buku-buku terbitan Bestari Karangkraf dengan harga yang berpatutan. Klik pautan ini untuk nikmati penjimatan yang luar biasa: https://www.karangkrafmall.com/akademik

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok