Naib Canselor gariskan sembilan sasaran pacu USIM gapai kejayaan
Naib Canselor gariskan sembilan sasaran pacu USIM gapai kejayaan

Naib Canselor gariskan sembilan sasaran pacu USIM gapai kejayaan

webadmin
22 Feb 2021 05:54am
A
A
A

Bagi menggapai hasrat universiti dalam merealisasikan konsep prosumerisme yang digarap oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato’ Dr Mohamed Ridza Wahiddin, pada tahun 2020, Majlis Amanat 2021 Naib Canselor USIM yang yang bersiaran secara langsung dalam saluran Youtube USIM TV pda 27 Januari lalu mengetengahkan tema ‘Prosumer Muslim Yang Berdisiplin’.

Beliau menggariskan sembilan sasaran untuk meletakkan USIM ke tahap yang lebih membanggakan.

“Dengan melakukan tranformasi, tindakan pertama perlu dibuat adalah memperkukuhkan asas-asas yang belum selesai dan memikirkan garis panduan bagi memantapkan pengoperasian dan keberkesanan di setiap PTj.

“Ke arah merealisasikan Kampus Barakah, tiga perkara perlu dilaksanakan bersama dengan berganding bahu iaitu perubahan dalam proses, perubahan seseorang, dan perubahan budaya,” ujarnya.

Tambah beliau, secara ringkasannya sasaran tahunan diunjurkan kepada lima Teras Strategik Misi USIM 2022, iaitu Teras Graduan & Alumni, Teras Pelajar, Teras Libatsama Masyarakat, Teras Kelestarian Kewangan dan Teras Pengiktirafan.

“Sangat bertepatan dengan moto USIM iaitu Berilmu, Berdisipilin, dan Bertakwa. Tahun ini kita fokus dengan konsep berdisiplin. Kita perlu melihat tentang bagaimana untuk membawa konsep itu ke dalam individu dan organisasi, seterusnya merealisasikannya bagi mentrasformasi universiti menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi,” ucapnya.

Info!

Sembilan sasaran USIM

Pertama: Menghayati Inaq sebagai Manifestasi DNA USIM dengan memastikan semua warga USIM menghayati dan  mempraktikkan apa yang dimaksudkan ilmu Naqli dan Aqli melalui pelancaran Booklet Inaq dan Smart  Inaq.

Kedua: Autobiografi/Biografi/Memoir Profesor USIM. Ia merujuk dalam konteks merealisasi knowledge sharing dengan mengambil pendekatan penulisan autobiografi/ memoir USIM dalam kalangan profesor USIM. Turut bekerjasama,  USIM Writers’ Pool bagi berkongsi ilmu dan pengalaman yang tersirat menjadi ilmu yang tersurat.

Ketiga : Pembudayaan Personal Tutelage. Ia merujuk kepada ‘learning experience’ kepada pelajar dengan memberi bimbingan membina personalitI dan karakter yang terampil bagi memacu kecemerlangan akademik.

Keempat : Kempen Kebersihan Kita Untuk Kita. Melalui projek PTj Lestari, ia bertujuan membudayakan amalan murni ke arah gaya hidup lestari di tempat kerja dengan mengamalkan pematuhan polisi dan merealisasikan inisiatif program di dalam Blueprint Kelestarian USIM selain menjayakan inisiatif instrument UI Greenmetrics ke arah pencapaian USIM dalam World University Ranking dengan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan kos pengurusan dan utiliti.

10 skop Blueprint Kelestarian USIM :

•    Biodiversiti Landskap

•    Pengurusan Air

•    Pengurusan Sisa

•    Pengurusan Tenaga

•    Pengurusan Sistem Pengangkutan

•    Perolehan Hijau

•    Pejabat Hijau

•    Bebas Halangan Dan Diskriminasi

•    Pengurusan Sumber Manusia

•    Pendidikan Pembangunan Kelestarian.

Kelima: Penawaran Kursus-Kursus Pendek Yang Berimpak dengan menyediakan sebanyak 50 kursus telah disenarai pendek.

Keenam :  Alumni menggapai #USIMBerjanjiPadaIbunda dengan penampilan imej baharu pada laman web alumni dengan menaiktaraf pangkalan data alumni selain melakukan ‘engagement’ yang berterusan dengan para alumni.

Ketujuh: Promosi menambah pelajar antarabangsa dengan memfokuskan kepada calon pelajar dari Cambodia.

Kelapan : USIM Students Learn More, Make More and Share More, dengan konsep prosumerisme yang diperkenalkan, ia sangat sinonim dengan keusahawanan. Para pelajar bukan sahaja menjadi pengguna, mereka juga boleh menjadi pengeluar dengan penghayatan Inaq dalam diri individu pelajar itu sendiri.

Kesembilan: USIM Leadership Upskilling tentang bagaimana meningkatkan keupayaan staf pentadbir, akademik, dan staf sokongan untuk menjadi seorang pemimpin berkaliber.

 

 


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok