Pecutan Akhir Kimia SPM 2020 bersama 10 Guru Cemerlang. Mohon calon hadam dengan baik
Pecutan Akhir Kimia SPM 2020 bersama 10 Guru Cemerlang. Mohon calon hadam dengan baik

Pecutan Akhir Kimia SPM 2020 bersama 10 Guru Cemerlang. Mohon calon hadam dengan baik

Roshlawaty Md Raieh
25 Feb 2021 06:22am
A
A
A

Pecutan Akhir Kimia SPM 2020 bersama 10 Guru Cemerlang. Mohon calon hadam dengan baik

Peperiksaan bagi Kertas Kimia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang akan dilangsungkan 9 Mac depan, pastinya mendatangkan rasa debar pada calon-calon yang mengambilnya.

Kerana itu, 10 Guru Cemerlang Kimia seluruh Negara telah berkongsi lapan siri tajuk bagi subjek Kimia Tingkatan Empat dan Lima, dalam membantu mereka untuk skor subjek berkenaan.  

Perkongsian tajuk yang dimuatkan menerusi program Pecutan Akhir Kimia SPM dengan kerjasama Edidik Malaysia itu telah bermula pada 5 Februari lalu dan akan berakhir 8 Mac depan.

Guru Cemerlang Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Lee Saw Im yang mengetuai kumpulan tersebut, berkongsi jadual siri di bawah.   

1) 5 Februari 2020, Jumaat (8.30 malam -10.30 malam)

Kertas 3 - https://youtu.be/EYGIaz1jei4

2) 7 Februari 2020, Ahad (8.30 malam -10 malam)

Bab 2 - Bab 5 Tingkatan 4 - https://youtu.be/16IJ3s9oQBI

3) 13 Februari 2020, Sabtu (8.30 malam -10 malam)

Elektrokimia dan Redoks - https://youtu.be/eozCjMsJF4Y

4) 14 Februari 2020, Ahad (8.30 malam -10 malam)

Kadar Tindak Balas - https://youtu.be/_njB0RvGv1s

5) 4 Mac 2020, Khamis (8.30 malam -10 malam)

Bahan Buatan Kimia Dalam Industri & Bahan Kimia Untuk Pengguna - https://youtu.be/8SOj1RA-HeE

6) 5 Mac 2020, Jumaat (8.30 malam -10 malam)

Asid, Bes dan Garam - https://youtu.be/bTfiJxgHQFA

7) 6 Mac 2020, Sabtu (9 - 11 pagi)

Sebatian Karbon & Termokimia - https://youtu.be/nYVxnrTJxv0

8) 7 Mac 2020, Ahad (9 - 11 pagi)

Tip Guru Hebat Kimia - https://youtu.be/EaCez1O3mtg

Selain tajuk-tajuk yang berkaitan, turut disediakan dalam link berkenaan adalah panduan menganalisa dan mengolah soalan Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 yang dibincangkan oleh guru-guru hebat ini.

Sementara itu, selain Dr Lee Saw Im, sembilan lagi Guru Cemerlang dan hebat dalam Kimia, yang berkongsi ilmu adalah Cikgu Chai Teck Khiong dari SMK Rosli Dhoby, Sarawak; Cikgu Hairul Nizam Omar SMK Jitra, Kedah; Cikgu Komathy Veerasinghan SMK Buntong, Perak; Cikgu Wong Hee Ting SMK Jalan Arang, Sarawak dan Dr Maryam Sulaiman dari MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.

Seterusnya, Cikgu Ramzi Rahim, SMK Baling, Kedah; Cikgu Noriza Awang SMK Anderson, Perak; Cikgu Beh Chek Sim SMK Pujut, Miri dan Cikgu Evaleen Samamjuis dari SMK St Patrick Membakut, Sabah.

Terdahulu, semua siri perkongsian itu dijalankan secara live di Youtube.

Calon-calon yang tidak berkesempatan mengikuti perkongsian ini secara live, boleh mengikutinya menerusi saluran Youtube.

Semoga perkongsian daripada Guru Cemerlang dan hebat subjek Kimia ini, dapat memudahkan calon-calon menjawab peperiksaan Kimia SPM 2020 dengan baik.

Artikel menarik

Cikgu Siti Rohayu kongsi 7 tip minda yang positif menerusi perkataan GEMBIRA

Urus emosi sendiri, hormati emosi majoriti – Perkongsian Cikgu Fazdhly jika mahu hati tenang

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok