Penarafan QS mengikut subjek, UiTM terus meningkat, terbaik di Malaysia dan dunia
Penarafan QS mengikut subjek, UiTM terus meningkat, terbaik di Malaysia dan dunia

Penarafan QS mengikut subjek, UiTM terus meningkat, terbaik di Malaysia dan dunia

webadmin
16 Mar 2021 08:59am
A
A
A

Prestasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam QS World University Rankings by Subject 2021 menyaksikan peningkatan penarafan dalam tiga subjek baharu, iaitu Petroleum Engineering pada kedudukan 150 terbaik dunia dan ke-4 di Malaysia, Pharmacy & Pharmacology pada kedudukan 300 terbaik dunia dan ke-5 di Malaysia dan Architecture and Built Environment pada kedudukan 200 terbaik dunia dan ke-6 di Malaysia.

Edisi 2021 tersebut yang diumumkan sebentar tadi turut menunjukkan subjek Hospitality and Leisure Management UiTM terus mengukuhkan kedudukannya pada kedudukan ke-dua terbaik di Malaysia berbanding tempat ketiga pada tahun lalu dan di kalangan 100 terbaik dunia.

Seperti tahun 2020, bidang Social Sciences & Management dan Engineering and Technology merupakan kekuatan utama UiTM dengan jumlah skor sebanyak 64.1 dan 60.2, masing-masing, pada kedudukan ke-340 dan 451-500 terbaik dunia.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, sehingga kini, UiTM telah berjaya menyenaraikan 12 subjek dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2021.

Subjek lain yang juga tersenarai pada tahun ini adalah Computer Science & Information Systems, Electrical & Electronic Engineering, Mechanical, Aeronautical & Manufacturing Engineering, Medicine, Chemistry, Accounting & Finance, Business & Management Studies, dan Economics & Econometrics.

QS World University Rankings by Subject 2021 menyenaraikan universiti terbaik dunia bagi 51 subjek untuk tahun 2021 yang dinilai berdasarkan empat (4) petunjuk utama, iaitu reputasi akademik (Academic Reputation), reputasi majikan (Employer Reputation), Citations per paper dan H-Index.

Beliau berkata, pencapaian tersebut dilihat sebagai petanda keberkesanan kepada pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan melalui Pelan Strategik UiTM2025 dalam mengukuhkan penjenamaan UiTM di mata dunia.

“Peningkatan penarafan ini adalah manifestasi terbaik UiTM untuk membudayakan kualiti dan kecemerlangan universiti ke arah menjadi institusi pendidikan tinggi terkemuka dunia,” ujarnya.

Katanya, pencapaian tersebut memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga UiTM untuk sama-sama memainkan peranan bagi memastikan sasaran untuk menyenaraikan 20 subjek dan 2 subjek Top 100 di dalam QS World University Rankings by Subject menjelang tahun 2025 akan tercapai.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok