no image

Pengetua SMKA Miri anjur sesi 'town hall' bersama YB latih pelajar jadi moderator

webadmin
31 Dec 2020 01:28am
A
A
A

Menjadi ahli Parlimen  termuda Sarawak, iaitu pada usia 38 tahun membuatkan Lukanaisman Awang Sauni mempunyai aura tersendiri.

Justeru bagi memberi inspirasi kepada pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Miri, Sarawak mengadakan sesi 'town hall' bersama Ahli Parlimen Sibuti itu untuk berkongsi kisah kejayaan dan memberi kata-kata semangat.

Pengetua,  Ahmad Fauzi Yaakob berkata, menariknya pada program ini pelajar Tingkatan Lima, Azami Julkadir menjadi moderator.

"Sesi ini bertujuan mengetengahkan bakat pelajar, apabila moderator turut dipilih dalam kalangan mereka. Ini bagi mengasah bakat dan kematangan pelajar dalam mengendalikan program dan mengajukan soalan kepada pemimpin.

"Dalam sesi itu, Lukanaisman menerangkan peluang dan harapan kepada pelajar di bidang Pendidikan Sains, Matematik dan Kejuruteraan (STEM) untuk memenuhi peluang pekerjaan khususnya di Sarawak yang sedang membangun, apatah lagi pelajar dari sekolah agama khususnya aliran Sains," katanya.

Azami mengendalikan 'town hall' bersama Ahli Parlimen Sibuti.

Sehubungan itu, Lukanaisman menyarankan supaya pelajar merebut peluang itu sebaik mungkin.

Sesi 'town hall' yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Alumni SMKA Miri itu dihadiri pelajar Tingkatan Lima dan Enam.

Pada sesi itu Lukanaisman meyumbangkan RM100,000 untuk PIBG memasang Smartboard di bilik khas sekolah berkenaan.

Sesi diadakan secara santai dengan diselang seli persembahan muzik gamelan; angklong; piano oleh pelajar SMKA Miri memberi sedikit kelainan dan berjaya menarik perhatian pelajar.

Reaksi

"Alhamdulillah pertama kali menjadi moderator dalam sesi sebegini dan tetamu pula YB, pada mulanya agak gugup tapi reaksi YB yang sangat 'sporting' memberi keyakinan kepada saya untuk menjayakan majlis ini." - Azami Julkadir, Moderator

"Sesi sebegini memberi peluang kepada kami untuk mengemukakan soalan santai berkenaan isu semasa dan politik tanahair, alhamdulillah amat menarik." - Farid Aiman Amir Hamzah, Pelajar Tingkatan Enam

"Peluang bertanyakkan soalan kepada YB, saya ambil sebaiknya untuk membina keyakinan diri saya, Alhamdullilah YB memhami jiwa anak muda seperti kami dan semangat daripada YB, kami akan manfaatkan sebaiknya untuk kejayaan pada masa hadapan." -  Mohammad Asrul Ikmal Jofri, Pelajar Tingkatan Enam

Lukanaisman disambut pelajar SMKA Miri sebaik tiba di sekolah itu.

Setiausaha Persatuan Tingkatan Enam Norsyahirah Zakaria bertanyakan soalan kepada Lukanaisman.

Lukanaisman melihat pelajar bermain angklung sebagai selingan sesi 'town hall.'

Sesi 'town hall' bersama Lukanaisman diselangi persembahan muzik gamelan oleh pelajar.

Pelajar Tingkatan Empat, Anisah Adenan sedang bermain maremba sejenis alat muzik yang terdapat dalam kumpulan angklong.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Marini Juraibi menyampaikan cenderamata kepada Lukanaisman.

Lukanaisman (tengah) bersama Fauzi (lapan dari kanan), guru dan pelajar SMKA Miri selepas sesi bersala pelajar di sekolah itu.

Artikel berkaitan:

Tip tarik minat pelajar lemah Matematik - Guru Cemerlang kongsi tujuh cara

Teknik Cabang bantu murid lemah bina karangan panjang, seragam

MGC Johor dedah laluan kerjaya Guru Cemerlang buatkan ramai guru ingin mohon

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan pentin cikgu Matematik untuk calon UPSR

Tak sampai dua bulan, pelajar kelas hujung kuasai BM guna Kad Tekad ciptaan Cikgu Ghani

 

 

 


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok