luca-bravo-XJXWbfSo2f0-unsplash
luca-bravo-XJXWbfSo2f0-unsplash

Pentingnya pelajar kuasai Sains dan Teknologi

Rasyidah Zulkifi
28 Jan 2022 01:05pm
A
A
A

Mempelajari subjek Sains dan Teknologi membantu pelajar membentuk kemahiran baru. Ia juga membolehkan mereka menjadi kreatif dalam memahami bagaimana sesuatu itu berfungsi.

Sains dan Teknologi memberikan banyak maklumat kepada pelajar yang mereka boleh gunakan pada masa hadapan.

Justeru, tidak dinafikan, pengetahuan dalam bidang ini sangat penting pada zaman ini.

Sinar Bestari ingin berkongsi lima kepentingan mempelajari subjek Sains dan Teknologi untuk para pelajar.

1. Kebergantungan yang kukuh terhadap peralatan dan sistem

Pendidikan ini sangat penting dan wajar kepada kanak-kanak yang semakin membesar pada hari ini kerana mereka bergantung kepada peralatan dan sistem setiap hari.

2. Mengubah cara guru dan pelajar di sekolah

Sains dan Teknologi menjadi semakin penting dalam kehidupan moden dan telah mengubah cara guru dan pelajar menjalankan aktiviti harian mereka.

3. Murid boleh mengakses maklumat dengan mudah

Mereka kini boleh mengakses maklumat mengenai apa-apa subjek yang mereka mahu di mana sahaja kerana rangkaian internet kini di hujung jari.

Jurnal, artikel, e-buku, kajian, ujian, peperiksaan dan model jawapan semuanya ada dalam talian.

Penyelidik juga bersetuju bahawa teknologi komputer ini berjaya meningkatkan gred para pelajar terutamanya subjek sains.

Secara praktikalnya, dengan penggunaan komputer boleh membantu pelajar untuk menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Pada masa sama, mereka boleh membuat kajian lebih banyak dalam waktu singkat.

4. Kaedah pengajaran menjadi lebih interaktif

Sains dan Teknologi membantu guru untuk menjadikan sistem pembelajaran dan pengajaran lebih menarik dan interaktif.

Aplikasi teknologi ini juga telah dibuktikan berjaya meningkatkan prestasi pelajar supaya mudah mengingati pembelajaran dan mengekalkan keberkesanan maklumat ini.

Guru juga boleh menggunakan sumber daripada internet sebagai inspirasi. Guru juga boleh mengesyorkan para pelajar sumber internet yang baik untuk merangsang pembelajaran mereka.

5. Meningkatkan nilai gred cemerlang dalam kalangan pelajar

Sains dan Teknologi sering berkait rapat antara satu sama lain.

Di sekolah, teknologi baru boleh membantu pelajar memahami sains dan menjadikan pembelajaran dari buku teks kepada realiti yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Teknologi sememangnya menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif, lebih menarik dan mudah diingat oleh para pelajar.

Di negara kita, pendidikan Sains dan Teknologi menjadi subjek penting yang mesti diambil oleh pelajar dalam usaha kerajaan untuk memupuk rakyatnya menjadi lebih maju dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi pada masa hadapan.

Sumber: Centre for Education in Science & Technology

Artikel berkaitan 

UniKL RCMP anjur ICPHS 2021, sedia platform perbincangan berkaitan bidang farmasi dan sains kesihatan

Tahukah anda? 5 kemahiran IT ini dapat permintaan tinggi di pasaran

Cikgu Hailmi senaraikan 11 jenis makanan yang mengurangkan kepandaian otak, ini yang dikongsi beliau


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok