1129673
1129673

Tahukah anda? 5 kemahiran IT ini dapat permintaan tinggi di pasaran

Rasyidah Zulkifi
27 Jan 2022 10:01pm
A
A
A

Pengetahuan teknologi maklumat (IT) asas rata-rata diketahui umum namun, terdapat beberapa kemahiran IT yang terkini memerlukan seseorang itu untuk mengambil kursus tertentu untuk meningkatkan kepakarannya dalam bidang itu.

Berikut merupakan 5 kemahiran IT yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dan menawarkan gaji yang lumayan.

Antara 5 kemahiran IT tersebut adalah;

Baca juga UMK dan Microsoft anjur program Code; Without Barriers, transformasi sosio-ekonomi digital di Kelantan

Baca juga UTeM bangunkan Sistem Fertigasi IoT bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara

1. ‘Cybersecurity’

Cybersecurity ialah keselamatan siber yang memerlukan kemahiran pekerja untuk melindungi maklumat daripada digodam atau dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bidang ini memerlukan pengetahuan asas mengenai ancaman maklumat seperti serangan virus yang boleh merosakkan sistem maklumat.

Ketua pegawai keselamatan (CSO) merupakan jawatan yang berkait rapat dengan kemahiran ini yang bertanggungjawab untuk menjaga maklumat peribadi syarikat.

2. ‘Cloud computing’

Cloud computing ialah pengkomputeran awan di mana data dapat disimpan dalam satu aplikasi dengan menggunakan internet dan peranti mudah alih.

Kemahiran ini melibatkan beberapa pecahan termasuklah awan persendirian, awan awam dan awan hibrid.

Kerjaya yang dikaitkan dengan kemahiran ini adalah pentadbir sistem.

3. DevOps

DevOps ialah gabungan kemahiran perisian dan operasi IT yang dilakukan oleh seorang jurutera.

Kemahiran ini memerlukan jurutera itu memasang dan membuat audit sistem dengan selamat.

4. Teknologi kecerdasan buatan (AI)

Kemahiran AI ini menawarkan gaji yang tinggi kepada mereka yang pakar kerana boleh memberi keuntungan dengan mengurangkan kos dalam perniagaan.

Melalui AI juga pesawat boleh bergerak tanpa juruterbang kerana ia berfungsi secara autonomi.

5. ‘Augmented Reality (AR)’ dan ‘Virtual Reality (VR)’

Kemahiran AR dan VR merupakan kemahiran IT yang memerlukan seseorang itu untuk membuat pengaturcaraan dari awal dan mengemas kini kod sumber sistem kawalan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy/

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Contoh alat-alat yang berkait dengan kemahiran ini adalah NetLinx Studio dan SIMPLWindows.

Kemahiran IT ini menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada anda yang mempunyai latar belakang pendidikan IT dan kejuruteraan.

Boleh cuba mohon sekarang.

Sumber: The Engage Partnership

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok