392x696bb
392x696bb

Perlu buat imbasan dokumen? 5 aplikasi ini bantu mudahkan urusan pelajar

Adlan Farhan Azwan
16 Mar 2022 12:55pm
A
A
A

Pada zaman ini, jarang sekali kertas kerja fizikal menjadi satu keperluan. Sebaliknya, aplikasi pengimbasan dokumen boleh membantu pengguna beralih ke pejabat tanpa kertas dengan menukar kertas kerja kepada PDF untuk penyimpanan dokumen digital atau dalam talian.

Peralihan ini juga turut dirasai oleh pelajar yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Segala tugasan diberikan hanya melalui dalam talian. Terdapat juga tugasan yang yang diterima oleh pelajar yang memerlukan tulisan tangan.

Kini, pelajar tidak memerlukan satu mesin pengimbas khas hanya untuk mengimbas segala tugasan yang sudah lengkap dan diserahkan kepada guru. Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma yang membolehkan pelajar berbuat sedemikian.

Ini bermakna pelajar boleh mengimbas apa-apa sahaja termasuk tugasan dan kerja-kerja yang penting. Keistimewaan aplikasi ini adalah ia bukan sahaja mencipta salinan PDF, tetapi juga membenarkan pelajar mengedit fail seperti yang diperlukan sebelum menyimpan ke dalam storan telefon pintar.

Baca juga

Pastikan komputer riba pelajar tahan lama dengan 8 langkah mudah ini

Tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan 5 aplikasi mudah ini

Sinar Bestari kongsikan dengan pelajar semua lima aplikasi yang boleh didapati di Google Play Store bagi Android dan App Store bagi peranti iOS yang akan memudahkan urusan mengimbas dokumen pada bila-bila masa di mana jua pelajar berada.

1. Adobe Scan

Kredit foto: Trendie Tech

Adobe Scan ialah aplikasi pengimbasan khas daripada Adobe, pencipta fail PDF. Jadi, terdapat jangkaan yang tinggi bahawa aplikasi ini harus memenuhi kebanyakan keperluan pengguna.

Kelebihan terbesar menggunakan Adobe Scan ialah keseragaman dengan aplikasi Adobe yang lain seperti Adobe Acrobat dan Adobe Fill & Sign. Ini bermakna pelajar bukan sahaja boleh mengimbas ke dalam format dokumen PDF, tetapi juga mengedit dan menandatangani dengan dokumen yang pelajar imbas.

2. ABBYYFineReader PDF

Kredit foto: ABBYY FineReader PDF

ABBYY FineReader PDF menggunakan pengecaman aksara optik untuk mengimbas teks dalam 193 bahasa. Boleh didapati dengan peranti Android mahupun iOS, aplikasi ini membolehkan pelajar mengimbas teks bercetak dan tulisan tangan dengan peranti mudah alih.

Aplikasi ini berfungsi dengan 12 format fail, termasuk DOCX, PDF dan TXT. Perkara yang menarik tentang aplikasi ini ialah ia mengekalkan format dokumen asal.

Selain itu, aplikasi versi iOS memaparkan ciri yang dipanggil BookScan, membolehkan pelajar mendigitalkan buku dengan mudah. Ia menukar muka surat buku kepada imej berasingan.

3. Genius Scan

Kredit foto: MacStories

Genius Scan merupakan satu lagi aplikasi pengimbasan mudah alih yang popular, Dikomersialkan sebagai "pengimbas dalam poket", ia membolehkan pelajar menukar dokumen berasaskan kertas kepada fail JPG dan PDF.

Aplikasi ini juga meningkatkan tahap kebolehbacaan dokumen supaya memastikan ia boleh dibaca dan pelajar juga boleh memastikan fail diatur dengan tajuk dan fungsi carian bagi memudahkan proses pencarian.

Sama seperti FineScanner, pelajar boleh memuat naik dokumen yang diimbas ke pelbagai platform storan awan, termasuk Dropbox, Evernote, Expensify, Facebook, Google Drive, OneDrive (dan OneDrive for Business), OneNote, FTP, SugarSync dan WebDAV.

4. SwiftScan

Kredit foto: Pcmac.download

Pelajar boleh mengimbas dokumen, resit, lakaran, papan putih, kod QR dan kod bar dengan aplikasi ini. Setelah pelajar mengimbas dokumen yang diingini, pelajar boleh memilih daripada lima mod warna untuk menjadikannya kelihatan sempurna. Terdapat juga ciri untuk meningkatkan kualiti dokumen yang diimbas.

Pelajar boleh menyimpan dokumen sebagai fail PDF atau JPG dan memuat naik ke dalam pelbagai storan awam. Perisian ini menyokong iCloud, Google Drive, Dropbox, Evernote, Amazon Drive, Slack, Todolist, OneDrive, OneNote dan Box.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

5. Camscanner

Kredit foto: Mobile App Daily

CamScanner ialah aplikasi yang menukar kamera peranti mudah alih menjadi pengimbas dokumen. Hasilnya, pelajar boleh mengimbas pelbagai dokumen, daripada invois hingga resit. Perisian ini menukar dokumen yang diimbas kepada fail PDF, yang dimuat naik secara automatik ke perkhidmatan awan seperti Box, Google Drive, Dropbox, Evernote dan OneDrive.

Terdapat juga ciri penyuntingan lanjutan, yang membolehkan pelajar menambah anotasi dan tera air (watermark) pada dokumen, menjadikannya kelihatan lebih profesional.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma pada Android dan iOS tetapi terdapat pilihan untuk menaik taraf kepada pelan premium untuk mendapatkan storan 10GB, yang membolehkan pelajar menghantar pautan dokumen dengan perlindungan kata laluan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok