Murid guru dan ibu bapa sedia hadapi fasa endemik 2019 2020 2021 2022 Covid 19 tanpa penggiliran di sekolah
Murid guru dan ibu bapa sedia hadapi fasa endemik 2019 2020 2021 2022 Covid 19 tanpa penggiliran di sekolah

Murid, guru dan ibu bapa sedia hadapi fasa endemik Covid-19 tanpa penggiliran di sekolah

Rasyidah Zulkifi
18 Apr 2022 05:36pm
A
A
A

Sejak negara dilanda Covid-19 pada penghujung 2019, norma baharu dalam pendidikan diwujudkan.

Pengenalan itu menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia berubah di mana kebanyakan murid menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimanapun setelah lebih dua tahun PdPR, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa semua murid dibenarkan kembali ke sekolah untuk belajar secara bersemuka tanpa penggiliran pada 17 dan 18 April lalu.

Baca juga

Sesi persekolahan tanpa penggiliran melibatkan 130,177 murid berjalan lancar

Ibu bapa tarik nafas lega, sesi persekolahan tanpa penggiliran dilaksanakan

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Nurul ‘Ain Mohd Daud, sistem penggiliran sebelum ini bertujuan melatih semua murid supaya dapat beradaptasi dengan fasa endemik yang bermula pada 1 April lalu.

“Saya percaya kita bersedia melalui fasa peralihan kerana bukan bermula secara drastik.

“Dan melalui fasa tersebut, murid sudah mula belajar dengan sistem penggiliran di sekolah.

“Guru-guru dan masyarakat juga belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam situasi ini bagi memastikan bahawa mereka dapat memantau kebajikan dan keselamatan pelajar dengan cara yang terbaik,” katanya ketika ditemu bual pada program Bual Bestari yang disiarkan di laman Facebook Sinar Bestari.

Menurutnya, endemik Covid-19 kini menjadikan hari yang mendatang sebagai proses pembelajaran buat guru, ibu bapa dan masyarakat.

Sementara itu, Doktor Perubatan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berkata, murid dan guru perlu membiasakan diri dengan Covid-19 di sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal pada fasa endemik.

“Kita akan hidup dengan Covid-19 walau macam mana sekali keadaan.

“Kalau tidak sampai bila pun kita tidak akan bersedia,” katanya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok