Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah terima 350 pelajar baharu, pendaftaran secara pandu lalu lancar
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah terima 350 pelajar baharu, pendaftaran secara pandu lalu lancar

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah terima 350 pelajar baharu, pendaftaran secara pandu lalu lancar

webadmin
17 Mar 2021 02:30am
A
A
A

KULIM - Pendaftaran pelajar baharu Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bagi sesi Disember 2020 berjalan lancar dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kulim Kedah, baru-baru ini.

PTSB menerima lebih 350 orang kemasukan pelajar baharu yang mengikuti program pengajian Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan. Proses pendaftaran dijalankan secara pandu lalu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

Pengarahnya, Yusma Yusof berkata, PTSB mengalu-alukan dan bersedia menerima kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat mengikut semester pengajian masing-masing bermula 1 Mac lalu selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Susulan negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19, pihak pengurusan PTSB menjalankan persediaan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga kampus berada dalam keadaan yang terkawal.

Pelajar akan menjalani proses pengasingan (self isolation) selama 10 hari dan dalam tempoh tersebut kesihatan pelajar akan sentiasa dipantau.

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) amali secara norma baharu dan PdP secara dalam talian akan dijalankan.

“Tahniah dan syabas kepada semua pelajar baharu yang sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan," kata Yusma.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Taufik Abdul Talib pula berkata, pendaftaran kali ini cukup berbeza daripada sebelumnya.

"Ia berjalan dalam suasana norma baharu dan berjalan secara serentak di seluruh Politeknik Malaysia, yang lalu.

"Kepada semua pelajar baharu, tahniah dan syabas diucapkan kerana memilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Politeknik Malaysia," katanya.

Sementara itu, Suknetha A/P Boon Seng, 19 yang berasal dari Kampung Sungai Kap, Sik Kedah meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam.

“Saya berasa teruja dan tak sabar untuk memulakan pengajian dan berharap agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan persekitaran kampus ini.

“Saya berazam untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum sekaligus membanggakan ibu bapa dan keluarga saya," ujarnya.

Artikel menarik

KPM pelawa pelajar lepasan SPM 2020 ikuti program, boleh mohon jika penuhi syarat

Senarai tugas guru kelas di sekolah, cikgu yang berkaitan boleh jadikan ini sebagai panduan


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok