Untitled design (7)
Untitled design (7)

Sambutan Hari Batik Malaysia martabatkan industri batik tempatan.

Azleenda Sahaludin
03 Dec 2022 05:15pm
A
A
A

Batik Malaysia sememangnya sangat cantik apabila digayakan dalam apa jua majlis.

Buatannya yang berkualiti, seni lukisannya yang kreatif membuatkan batik Malaysia terkenal di seluruh dunia.

Justeru itulah, Pelancaran logo Batik Malaysia hasil daripada usahawan kraf berdaftar dengan Kraftangan Malaysia adalah satu inisiatif untuk mengangkat keaslian produk batik di negara ini.

Ia dilancarkan bersempena Sambutan Hari Batik Malaysia pada hari ini di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Datuk Saraya Arbi,

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi berkata, pihaknya di Kementerian amat menyokong kempen produk kraf sebegini dalam usaha membantu melonjakkan permintaan produk kraf tempatan.

“Sambutan Hari Batik Malaysia ini merupakan kemuncak bagi kempen ‘Ini Batik Malaysia’ yang bermula sejak 1 Julai lalu.

“Kempen ini adalah usaha memartabatkan industri kraf batik tempatan yang dijalankan melalui hebahan dan publisiti di media sosial serta aktiviti persembahan atau pameran di Parlimen, Kementerian, pusat beli-belah terpilih dan lokasi tumpuan pengunjung seluruh negara,” jelasnya ketika ucapan perasmian.

Saraya memberitahu, sambutan ini telah diadakan buat kali kedua sejak diisytiharkan oleh Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Disember 2021.

“Pemilihan tarikh 3 Disember ini adalah bersempena memberi penghargaan dan tanda peringatan kepada Allahyarmah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang memulakan Gerakan Malaysian Batik-Crafted for the World untuk membawa batik tempatan ke persada antarabangsa pada 3 Disember 2003,” katanya.

Selain itu, sambutan ini juga turut dimeriahkan dengan Acara Mewarna Batik Teramai dengan penglibatan pelajar sekolah rendah, menengah, agensi swasta di seluruh negara.

Aktiviti ini dijalankan di bawah Cakna Kraf yang akan direkodkan dalam The Malaysian Book of Records.

“Saya difahamkan, aktiviti ini mensasarkan seramai 2,000 orang peserta khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah, sekolah antarabangsa, pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan swasta serta semua lapisan masyarakat yang diadakan secara serentak di Kraftangan Malaysia cawangan negeri seluruh negara termasuk di Kompleks Kraf Kuala Lumpur,” tambah Saraya.

Beliau yang turut merasmikan Majlis Sambutan Hari Batik Malaysia, meletakkan harapan tinggi agar semua pihak memberi sokongan terhadap pembangunan industri kraf negara.

Dalam majlis sama, Program Malaysia Membatik juga diadakan dengan pelbagai pengisian.

Antaranya, Eksplorasi Kraf, Ekspresi Kraf Batik, Jualan Produk Kraf Batik, Pameran Kraf, Pameran Institut Kraf Negara (IKN), Craftganza, Zumbatik, Demonstrasi serta Interaktif Kraf dan Persembahan Kesenian.

Peragaan pekaian berasaskan batik.

Majlis juga diakhiri dengan peragaan pakaian berunsurkan kesenian batik yang pelbagai jenis dan corak kreatif.

Artikel berkaitan

Natasha Farhana kongsi teknik asas batik canting

Graduan cemerlang IKN promosi seni batik guna Tiktok

Perlu banyak pendedahan di peringkat sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok