SMK Sungai Layar mengorak langkah ke arah Pembestarian dan Pelestarian Layar Hijau
SMK Sungai Layar mengorak langkah ke arah Pembestarian dan Pelestarian Layar Hijau

SMK Sungai Layar mengorak langkah ke arah Pembestarian dan Pelestarian Layar Hijau

Azliyana Sulaiman
30 Mar 2021 07:37am
A
A
A

SUNGAI PETANI - Baru-baru ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar (Sunlay) menganjurkan satu program Bicara Minda secara ‘Live Streaming’ dari MICT(B) Studio Layar Hijau, Sunlay.

Program bertajuk ‘Pembestarian Sekolah dan Penggunaan Layar Hijau (Green Screen) dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ itu berdurasi selama satu jam dan ia diadakan bersempena pelancaran Studio Layar Hijau sekolah.

Bicara Minda tersebut menampilkan barisan ahli panel hebat yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail  Othman; Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan;  Mukhtar Mansor dan Naib Yang DiPertua PIBG, Othman  Hussain serta Pengetua SMK Sungai Layar, Md Saad Man.

Penggunaan Studio Layar Hijau merupakan satu teknik pengaplikasian dan  pengintegrasian Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Menurut Cikgu Md Saad, kewujudan Studio Layar Hijau itu bukan sahaja dapat menghasilkan video yang lebih kreatif dan segar dengan keupayaan ‘editing’ yang mantap, tetapi juga mahu menjadi hub dan saluran alternatif kepada para pelajar di alam maya, apatah lagi dalam keadaan pembelajaran norma baharu akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Guru Penyelaras Bestari ICT, Cikgu Faridah Jaafar turut melahirkan rasa gembiranya kerana dengan menaik taraf makmal ICT Bestari kepada Studio Layar Hijau, pelbagai program ke arah penyiaran Virtual dapat dijalankan untuk manfaat semua warga sekolah.

Dalam perkembangan lain, SMK Sungai Layar dan Pendidikan Khas Integrasi mempunyai lebih kurang 117 orang guru dan hampir 1330 pelajar (enrolment setakat Februari 2021) dan merupakan sebuah sekolah menengah  yang terletak di daerah Kuala Muda Yan, Sungai Petani, Kedah.

Setakat ni, SMK Sungai Layar telah mencipta nama dalam pelbagai bidang di peringkat daerah dan juga negeri sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

SMK Sungai Layar pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara baik peringkat daerah mahupun peringkat  kebangsaan.

Dan terkini, SMK Sungai Layar mengorak langkah ke depan dengan menaikkan taraf makmal ICT ke Studio Layar Hijau dengan motto 'ICT Pemangkin Modal Insan Bestari'.

Artikel menarik

Jangan semberono pilih kursus pengajian di universiti, ikuti tip ini untuk dijadikan panduan

Pahang juara Pertandingan Bahas Guru Peringkat Kebangsaan 2021

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok