SMKAMi cipta rekod bacaan al-Quran paling lama di Malaysia
SMKAMi cipta rekod bacaan al-Quran paling lama di Malaysia

SMKAMi cipta rekod bacaan al-Quran paling lama di Malaysia

webadmin
31 Dec 2020 01:29am
A
A
A

MIRI - SMK Agama Miri (SMKAMi) catat rekod bacaan al-Quran paling lama kategori sekolah-sekolah di Malaysia.Program yang dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Hj Ahmad itu menyasarkan tempoh bacaan selama 130 jam tanpa henti, bermula jam 6.30 pagi Sabtu dan berakhir hari Khamis, jam 5.00 petang, bulan lalu.  

Majlis Penutupan Rasmi Sederap Bersama Al-Quran (SBQ) oleh Ustazah Noriah Harun

Pengetuanya, Ustaz Ahmad Fauzi Yaacob berkata, program Sederap Bersama Al-Quran (SBQ) itu merupakan program tradisi SMKA Miri yang diadakan sejak 10 tahun lepas. Cuma untuk kali ini, ia diadakan lebih panjang iaitu 130 jam tanpa henti, seterusnya merekodkan bacaan tanpa henti paling lama kategori sekolah-sekolah di Malaysia.

Program anjuran SMKAMi, dengan kerjasama PIBG, Alumni dan komuniti itu melibatkan 168 pelajar yang terdiri daripada 100 pelajar perempuan dan 68 pelajar lelaki.

Pengarah Pendidikan Sarawak menurunkan tanda tangan

“Al-Quran adalah pedoman sepanjang zaman dan menjadi perisai akhlak anak-anak yang berhadapan dengan dunia yang penuh cabaran. Mereka ini bukan sahaja perlu diasuh dengan adab dan akhlak, tetapi juga harus berdisiplin tinggi bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat, bertepatan dengan slogan SMKA Miri , ‘Adab Cemerlang Akademik Gemilang’,”jelas Fauzi kepada GPSBestari.

Majlis Qatam Al-Quran setelah tamat bacaan 130 jam

Ketika menyempurnakan majlis penutupan, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan (KPM), Ustazah Noriah Harun berkata, usaha gigih seperti ini perlu dalam apa jua bidang yang diceburi. Islam bukan sahaja menitik beratkan usaha gigih dan bersungguh-sungguh, bahkan memandu umatnya untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Artikel menarik:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Pelajar kelas belakang... cikgu ini kongsi enam kelebihan ajar mereka

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Seronok rupanya kaedah 'Flipped Classroom' - Untuk budak sekarang

Patutlah Pasti jadi pilihan ibu bapa, pengarahnya kongsi kelebihan hantar anak di sini

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok