WhatsApp Image 2022-02-21 at 6.02.49 PM
WhatsApp Image 2022-02-21 at 6.02.49 PM

Tebus bantuan persekolahan MAIWP dengan aplikasi Boost bermula 28 Februari

Rasyidah Zulkifi
21 Feb 2022 06:04pm
A
A
A

Bermula 28 Februari ini, seramai 27,246 pelajar asnaf akan menerima bantuan persekolahan di bawah projek Kasih Asnaf - Back To School anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mereka yang bermastautin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja tertakluk di bawah program ini.

Baca juga

UMT terima sumbangan zakat RM1.3 juta, manfaatkan 2,279 pelajar asnaf

MQA teruskan aktviti CSR bersama asnaf, maahad tahfiz

Semakan permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/kasihasnaf/semakan_bps/ untuk mengetahui status agihan peralatan sekolah.

Kemudian, pelajar perlu memuat turun aplikasi Boost dan mendaftar akaun baru terlebih dahulu kerana pemberian tersebut berbentuk dompet digital.

Seterusnya, pelajar perlu memuat naik kad pengenalan masing-masing bagi melengkapkan pendaftaran akaun asas.

Sementara itu, bagi kadar bantuan pula, mereka layak menerima RM250 sehingga RM450 mengikut kategori persekolahan.

Pelajar wajib menebus barangan wajib seperti kasut sekolah, tudung, stoking, beg sekolah, sepasang baju kurung murid perempuan atau sepasang pakaian seragam murid lelaki.

Setelah itu, pelajar dibenarkan membeli barangan pilihan seperti baju T putih, seluar trek, alat tulis, tali pinggang, kasut sukan, baju beruniform dan peralatan kokurikulum di pasaraya yang disenaraikan pihak MAIWP.

Rujuk laman sesawang https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022-senarai-pasaraya-terpilih/ untuk melihat senarai pasaraya terpilih.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Perlu diiingatkan, dompet MAIWP haruslah digunakan dalam tempoh 28 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.

Sekiranya para pelajar ingin mendapatkan penerangan lanjut tentang pembahagian zakat ini boleh hubungi +601134224488 atau e-mel di support@myboost.com.my.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok